MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kriteria Penerima BHN 2019



Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah mengumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju dan meluluskan pelaksanaan inisiatif Bantuan Harapan Negara (BHN) 2019 sebanyak RM500 secara one-off.

Inisiatif BHN 2019 ini merupakan inisiatif baharu bagi menggantikan Bantuan Bakti Negara (BBN) 2017 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) 2013.

Inisiatif BHN 2019 juga akan melibatkan kumpulan Veteran ATM Berpencen yang tidak menerima sebarang bantuan kewangan secara one-off sebelum ini. Pelaksanaan inisiatif ini adalah lebih bersasar di mana penerimanya adalah Veteran ATM di dalam kumpulan B40.

Walaupun Kerajaan menghadapi kekangan kewangan, namun bagi menghargai pengorbanan Veteran ATM, Kerajaan masih mampu memperuntukkan RM79,684,000.00 untuk pelaksanaan BHN 2019 kepada penerima yang lebih ramai iaitu sejumlah 159,368 orang Veteran ATM Berpencen dan Tidak Berpencen berbanding hanya 43,000 Veteran ATM Tidak Berpencen sahaja yang menerima inisiatif BBN 2017.

Kriteria penerima BHN 2019 ditetapkan seperti berikut:

  1. Veteran ATM,
  2. Tarikh tamat tempoh perkhidmatan (TTP) sebelum 31 Disember 2019,
  3. Bermastautin di Malaysia,
  4. Veteran yang layak menerima Bantuan Sara Hidup 2019 Persekutuan
  5. Perlu memohon untuk mendapatkan BHN 2019 bagi 6. Veteran ATM Tidak Berpencen yang belum pernah memohon Bantuan SVTB1M dan BBN 2017,
  6. Veteran dengan jumlah pendapatan isi rumah kasar bulanan RM 4,000 dan ke bawah (B40),dan
  7. Tidak dipanjangkan kepada balu/duda/tanggungan/waris.

Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM akan bertangungjawab untuk melaksanakan inisiatif BHN 2019 ini. JHEV ATM akan menyediakan kemudahan pendaftaran dan permohonan, menentukan kelayakan dan meluluskan permohonan, memaklumkan status permohonan serta melaksanakan pembayaran ke akaun bank penerima BHN 2019.

Permohonan untuk mendapatkan BHN 2019 akan dibuka pada 14 April tahun ini dan pembayaran akan mula dilaksanakan pada 27 Mei 2019.

Post a Comment

0 Comments