MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tidak Wajar Malaysia dalam Indikator 'K’ Oleh AS




Walaupun keputusan kerajaan Amerika Syarikat (AS) meletakkan negara Malaysia dalam Indikator 'K’ seperti diumumkan dalam Nasihat Perjalanan (TA) baharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat pada 9 April 2019. kerajaan AS bertindak menyenaraikan Malaysia sebagai negara mempunyai risiko penculikan dan dijadikan tebusan.

Kementerian Pelancongan Malaysia yakin kemasukan pelancong ke negara ini termasuk dari Amerika Syarikat (AS) tidak terjejas.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Haslina Abdul Hamid, bagaimanapun berkata kementerian memandang serius dan mengambil perhatian perkara itu.

Kementerian Pelancongan Malaysia sentiasa merujuk kepada Wisma Putra kerana ia di luar bidang kuasa Kementerian. Setakat tidak ada masalah dari segi kedatangan pelancong termasuk daripada Amerika Syarikat.

TA tidak memberi kesan besar, tetapi kita ambil serius kerana TA ini penting dan ia akan menjejaskan pelancong yang hendak membeli insurans perjalanan, imej negara Malaysia dan sebagainya.

Menerusi laman TA ke Malaysia dalam laman web Jabatan Negara AS itu, warga negaranya dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga jika mahu melancong ke Malaysia, terutama ke pantai timur Sabah yang dikatakan berisiko berlaku penculikan.

Bagaimanapun, Kementerian Luar dalam satu kenyataan semalam, menyangkal perkara itu dan menegaskan TA baharu itu tidak menunjukkan realiti sebenar, terutama situasi keselamatan di timur Sabah.

Nasihat perjalanan baharu itu dilihat kurang objektif dan tidak mencerminkan hakikat sebenar di lapangan khusus situasi keselamatan di wilayah timur Sabah yang kekal selamat dan terkawal bagi pelancong.

Ini bersandarkan kepada fakta bahawa angka ketibaan pelancong di Sabah meningkat kepada 5.5 peratus, iaitu memcecah 3.87 juta tahun lalu. Malah, angka insiden penculikan telah menurun secara ketara kepada hampir sifar.

Kawasan timur Sabah terus menarik penyelam bertaraf dunia untuk membuat kajian atau menyelam bagi tujuan percutian dan kejayaan itu adalah hasil langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan Malaysia seperti meningkatkan rondaan, kerjasama keselamatan erat dengan negara-negara jiran dan pengaturgerakan strategik aset-aset keselamatan.

Berdasarkan fakta-fakta ini, negara Malaysia menggesa Amerika Syarikat supaya lebih objektif dan berasas dalam penilaiannya. Negara Malaysia melalui kementerian luar menggesa Amerika Syarikat segera mengeluarkan Malaysia daripada senarai 'K’ tersebut.

Kemasukan pelancong ke Sabah juga tidak terjejas apabila penerbangan masuk ke negeri Sabah menerusi penerbangan standard dan sewa khas ke Kota Kinabalu, terutama membabitkan pelancong dari China, sentiasa mendapat permintaan dan penuh.

Setakat ini, tidak ada langsung aduan atau laporan daripada 3,618 agensi pelancongan negara Malaysia mengenai adanya pelancong dari AS yang membatalkan tempahan untuk melancong ke Malaysia. 

 
Kerajaan Malaysia juga telah menubuhkan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah atau dikenali sebagai ESSZONE adalah sebuah zon keselamatan yang dipertingkatkan kawalan keselamatanya Ianya merangkumi kawasan daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau dan  mempunyai balai polis di zon berkenaan dan lima batalion pasukan keselamatan berserta satu briged PGA telah ditempatkan mengikut keperluan semasa dan arahan dari pihak keselamatan Malaysia.

Dengan wujudnya Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah sewajarnya para pelancong tidak perlu risau sangat berkenaan keselamatan mereka dan negara Malaysia adalah negara yang terbaik dari segi kawalan keselamatan yang disediakan.


Sumber: Akhbar tempatan. wikipedia dan Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments