MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Nor Farhatul Fairuzah Panut

 


Biodata

Nama: Nor Farhatul Fairuzah Panut

Nama: Farha

Tarikh Lahir: 19 Mei 2000

Nama Ibu: Hajah Jaliah Simin

Tempat Lahir: Klang, Selangor

Adik Beradik: Anak bongsu dari 5 adik beradik

Instagram: farhatulfairuzah

 

Nor Farhatul Fairuzah mula belajar al-Quran dan taranum pada usia 5 tahun dan menyertai pertandingan tilawah pada usia 7 tahun.

Membaca al-Quran setiap kali selesai solat fardu dan amalan membaca al-Quran 15 minit selepas solat untuk ‘lunakkan’ suara.

Ibu beliau (Hajah Jaliah Haji Simin) dan ayah (Allahyarham Haji Panut bin Haji Markum) juga adalah bekas Qari dan Qariah. Ayahnya pernah menjadi Qari sekitar tahun 1990an dan ibunya pula pernah bergelar Qariah pada 2004.

Kelima-lima adik beradik ini celik al-Quran iaitu: Husna Dhary, Razi, Nor Faizah, Nor Fathiyah & Nor Farhatul Fairuzah.

 

 

Minat/Cita-Cita

Gemar mendengar dan mendendangkan lagu-lagu Arab ketika masa lapang sejak berusia 14 tahun. Bukan sekadar untuk menghiburkan diri tetapi untuk belajar lenggok pertuturan bahasa Arab tersebut, seterusnya meningkatkan mutu sebutan ayat ketika membaca al-Quran.

Mendalami pengajian al-Quran dan sering berkongsi minatnya itu menerusi Instagram sehingga berjaya menarik perhatian netizen dengan pengikutnya melebihi 700,000 terutama remaja yang berminat mahu mengetahui mengenai seni taranum secara lebih dekat. Sehingga ada kalangan mereka menghantar rakaman video bacaan al-Quran untuk disemak tajwid atau taranum yang dilagukan.

Antara penyanyi lagu Arab yang diminati ialah Umm Kulthum, pencipta lagu dan aktres popular Mesir yang terkenal dengan lagu klasik Arab sejak 1920 sehingga 1970-an.

Taranum yang gemari, Nahawand, Rast, Hijaz dan Bayyati, Soba, Jiharkah dan Sikah

Selain latihan bersama ibunya, Jaliah Simin, Nor Farhatul Fairuzah sanggup menjelajah ke seluruh negeri untuk menimba ilmu bacaan al-Quran dan taranum daripada mantan johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan.

Mahu mengikuti pengajian al-Quran di Dubai atau Istanbul. Bercita-cita menjadi pensyarah dan berhasrat membuka kelas pengajian taranum satu hari nanti

 

Pendidikan

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan (SMAPL) – Jurusan Syariah

Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi

Sekolah Rendah Sungai Rawang

 


Anugerah/Pencapaian

2019: Johan Qariah sempena Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-61 Tahun 1440H/2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

2014, 2015, 2016 & 2017: Juara Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan

2011: Johan Tilawah Sekolah Rendah Pulau Pinang

Tokoh Kokurikulum Sekolah Peringkat Negeri dan Kebangsaan.

 

 

Sumber/Kridet: Instagram @farhatulfairuzah, bharian

Post a Comment

0 Comments