MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Produk Makanan Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

 


LARANGAN JUALAN PRODUK MAKANAN YANG DIKESAN MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL & MEMAPARKAN MAKLUMAT PALSU PADA LABEL


KKM sentiasa memantau produk makanan di pasaran termasuk yang disyaki diaduk dengan racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan prednisolone.








Hasil pemantauan yang dijalankan sepanjang tahun 2019 hingga Ogos 2020, didapati sebanyak 21 produk makanan membabitkan 16 jenama daripada sejumlah 849 produk makanan yang dianalisis didapati mengandungi racun berjadual yang dilarang penambahannya dalam makanan. 








Bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, menyatakan orang ynag menyediakan @ menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan @ selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan.




dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.


Tindakan undang-undang telah diambil ke atas pengeluar atau pengedar 4 daripada 16 jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang tersebut.


Walau bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan ke atas 12 jenama produk makanan yang lain mendapati nama dan alamat syarikat adalah palsu atau tidak lengkap. Maklumat semua produk makanan tersebut adalah seperti di lampiran.


KKM memberi amaran & melarang penjualan semua produk tersebut. Semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan menghentikan serta-merta penjualan produk tersebut & hubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.


Orang ramai yang menggunakan produk ini adalah disarankan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan daripada profesional kesihatan. Orang ramai diingatkan sentiasa menggunakan kebijaksanaan & berhati-hati dalam membeli produk makanan yang mungkin diaduk bahan terlarang.


KKM menegaskan supaya semua makanan dijual di negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 & peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat seperti pengilang, pembungkus, pengedar, ejen pemasaran & penjual untuk memastikan produk makanan yang dijual patuh.


KKM sentiasa peka & prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan, pengguna boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah @ Jabatan Kesihatan Negeri @ hubungi KKM melalui laman sesawang https://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do


Rujukan:

https://kpkesihatan.com/2020/11/05/kenyataan-akhbar-kpk-5-november-2020-larangan-jualan-produk-makanan-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual-dan-memaparkan-maklumat-palsu-pada-label/amp/?__twitter_impression=true


⚠️Sildenafil & Tadalafil.

✅Sildenafil & Tadalafil adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk.


✅Ubat yang mengandungi Sildenafil dan Tadalafil hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor.


✅Penggunaan Sildenafil & Tadalafil tanpa pengawasan boleh menyebabkan kesan advers serius seperti pengurangan@kehilangan penglihatan & pendengaran, ⬇️tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat merbahaya & kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok/serangan jantung


⚠️Dexamethasone & Prednisolone.

✅Dexamethasone dan prednisolone adalah sejenis steroid dan digunakan untuk rawatan masalah pembengkakkan serta radang.


✅Penggunaan dexamethasone & prednisolone secara berpanjangan tanpa pengawasan boleh mengakibatkan kesan sampingan seriu yg bahaya seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dlm darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing


✅Pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi yang serius.


Sumber: @health_malaysia


Post a Comment

0 Comments