MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pembelian Tambahan Minyak Sawit Oleh China

Berikutan pelaksanaan semula projek ECRL pada kos RM44 bilion diteruskan melalui rundingan yang mengambil masa berbulan - bulan sehingga termeterinya Perjanjian Tambahan (SA) berkaitan projek ECRL diantara negara Malaysia dan China.

Kerja - kerja pembinaan semula ECRL dijangka bermula  bulan Mei 2019 dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan  Disember 2026.
Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata negara  Malaysia mengambil peluang yang sepatutnya dengan termeterainya Perjanjian Tambahan (SA) antara Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC) berkenaan ECRL untuk berunding pembelian tambahan minyak sawit oleh  negara China.
"Ia bukan secara langsung berkaitan dengan perjanjian tambahan ECRL. Namun begitu Malaysia perlu mengambil kesempatan perjanjian untuk mencadangkan pembelian minyak sawit oleh negara China. Ini akan berlaku," bagi mengulas sama ada perjanjian baharu mengenai ECRL itu membabitkan pertukaran mengenai pembelian minyak sawit oleh negara China.
Pada tahun lalu 2018 negara Malaysia telah mengeksport 3.07 juta tan minyak dan produk sawit bernilai RM8.38 bilion ke negara China Dan peningkatan sebanyak 7.3 peratus berbanding dengan 2.86 juta tan bernilai RM9.39 bilion pada 2017.

Negara China ialah pembeli minyak sawit Malaysia kedua terbesar selepas Kesatuan Eropah (EU) dan negara itu dijangka menjadi pengimport terbesar produk utama dalam masa dua tahun.
Peningkatan import oleh China pada tahun lalu adalah berikutan pertambahan belian biodiesel sawit Malaysia iaitu daripada 140 tan (RM5.0 juta) pada 2017 kepada 41,450 tan (RM113 juta).
Peningkatan import sawit oleh China terutamanya ketika pertengahan 2018 juga didorong situasi ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
Tepat pada masanya negara Malaysia mendapat peluang untuk berkerjasama dalam perniagaan dan ekonomi  melalui projek ECRL dan pembelian produk dan minyak kelapa sawit oleh negara China serta boleh dikatakan "win-win situation" kedua buah negara.

Negara China mendapat manfaat dari projek ECRL manakala negara Malaysia mendapat manfaat melalui pembelian produk dan minyak kelapa sawit, kedua - dua kerjasama ini akan merancakkan ekonomi kedua buah negara.

Baca juga :Projek ECRL Diteruskan


Sumber : Akhbar tempatan dan Penulis sendiri.


Post a Comment

0 Comments