MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ahli Majlis Pembangunan Modal Teroka dan Ekuiti Swasta Malaysia (MVCDC) 2019



Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengumumkan senarai ahli baharu Majlis Pembangunan Modal Teroka dan Ekuiti Swasta Malaysia (MVCDC).

Ahli majlis berkenaan dilantik oleh Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng.

SC berkata, MVCDC ditubuhkan pada 2005 sebagai satu majlis antara menteri dengan wakil sektor awam dan swasta untuk memberi visi dan hala tuju, memberi nasihat kepada kerajaan dan memudahcarakan penyelarasan strategi untuk keseluruhan pembangunan modal teroka (VC) dan ekuiti swasta (PE).

Modal teroka (VC) adalah modal usaha niaga atau modal usaha rentan. (Bahasa Inggeris: venture capital) ialah modal atau wang yang dilaburkan untuk syarikat usaha niaga oleh pelabur yang bukan pemilik asal syarikat itu. Istilah ini juga kadang-kadang digunakan untuk modal yang digunakan bagi menyelamatkan sesebuah syarikat.

Pemodal teroka (venture capitalist) ialah mereka yang menyediakan modal, ini termasuk individu, bank pelaburan dan institusi yang mengkhususkan dalam menyediakan modal teroka. Pemodal teroka menjangka ada pelaburan mereka yang berjaya dan ada yang gagal.

Kelangsungan pelaburan mereka bergantung kepada pemilihan lebih banyak pelaburan yang berjaya daripada yang gagal. Pemodal teroka menghadapi risiko lebih tinggi untuk rugi daripada pelabur yang melabur dalam perniagaan yang terbukti berjaya. Oleh kerana itu pelabur modal teroka mahukan jangkaan keuntungan yang lebih tinggi daripada pelaburan mereka.

Apabila melabur dalam syarikat usaha niaga, pelabur ini biasanya mahu memiliki saham dalam perniagaan tersebut. Sebagai sebahagian daripada pemilik, pemodal teroka mempunyai lebih banyak kawalan ke atas pelaburan mereka dan dalam kedudukan yang lebih baik untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi jika perniagaan itu berjaya. Pemilik asal perniagaan mungkin perlu bersetuju kepada syarat ini jika ia satu-satunya cara untuk mendapatkan wang dan mengumpul dana tanpa meminjam. Pemilik juga mengalu-alukan kepakaran kewangan dan perniagaan yang boleh diberikan oleh pemodal teroka.

MVCDC dipengerusikan oleh Datuk Syed Zaid Albar Pengerusi SC dan Timbalan Ketua Eksekutif SC, Datuk Zainal Izlan Zainal Abidin juga adalah ahli majlis berkenaan.

Ahli-ahli MVCDC baharu yang dilantik bagi tempoh dua penggal bermula 1 Mac 2019 lalu ialah :
  1. Datuk Seri Dr Mohd Azhar Haji Yahaya (Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)).
  2. Suhara Salleh (Timbalan Pengarah (Sektor Perkhidmatan Am), Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan).
  3. Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir (Ketua Pegawai Eksekutif, Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas).
  4. Dr V Sivapalan (Presiden Malaysian Business Angels Network (MBAN).
  5. Surina Shukri Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
  6. Victor Chua (Presiden Malaysian VC and PE Association (MVCA). 
  7.  Mohd Irwan Ahmad Mustafa (Naib Presiden Kanan dan Ketua Pelaburan Swasta, Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Mengulas lanjut, SC berkata memandangkan pembiayaan VC dan PE penting dalam memacu keusahawanan dan memangkin usaha kerajaan ke arah mencapai status negara ke arah ekonomi tambah nilai berpendapatan tinggi, MVCDC telah melaksanakan pelbagai inisiatif dengan kerjasama erat dengan kerajaan untuk memacu pertumbuhan industri Malaysia.

Baca juga:  SC Malaysia


Sumber: Akhbar tempatan dan wikipedia

Post a Comment

0 Comments