MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pasaran Modal Malaysia 2019

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menjangkakan pasaran modal negara akan terus kekal kukuh tahun ini dengan dana antara RM110 bilion hingga RM120 bilion diunjur dikumpul menerusi Tawaran Awam Permulaan (IPO), Pasaran Saham dan terbitan Bon Korporat serta Sukuk.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) adalah badan yang ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1993, merupakan badan berkanun biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. Melapor kepada Menteri Kewangan Malaysia  dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan dan mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan diantaranya:-

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat.
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai.
  • Meluluskan terbitan bon.
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan kontrak niaga hadapan.
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat.
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah.
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen.
  • Menggalakkan kawal selia sendiri.
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan niaga hadapan di Malaysia.

Tawaran Awam Permulaan (IPO) merupakan terbitan syer yang baru diwujudkan oleh sesebuah syarikat untuk dijual kepada pelabur awam pada harga tawaran yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Terbitan Modal (CIC).

Tujuan syer baru diwujudkan adalah untuk mendapatkan pembiayaan tambahan bagi membayar hutang, menambah modal kerja atau menampung pembiayaan projek pelaburan syarikat.

Tujuan kedua tawaran awal permulaan pula ialah untuk disenaraikan di Bursa Malaysia. Sebelum sesuatu saham boleh dijual beli secara terbuka kepada umum, syarikat tersebut perlu terlebih dahulu menawarkan terbitan awam atau tawaran untuk jualan

Lazimnya ketika tawaran awam diumumkan, ia turut disertai dengan pengeluaran prospektus yang mengandungi maklumat tentang tawaran dan profil syarikat yang membuat tawaran.
Dalam prospektus ini ada menyatakan aktiviti syarikat, prestasi kewangan dan pengurusannya. Semua maklumat ini disertakan bagi membolehkan para pelabur membuat kajian awal sebelum membuat keputusan sama ada untuk melanggan IPO atau tidak.

Di Malaysia, para pelabur yang ingin melanggan IPO boleh memohon secara online melalui MITI (Ministry of International Trade and Industry) atau bank pelaburan masing-masing.

Kelebihan permohonan saham khas bumiputera melalui MITI ialah, mempunyai peluang yang sangat tinggi untuk berjaya mendapatkan peruntukan saham IPO. Selain itu, pembayaran awal juga tidak diperlukan semasa proses permohonan saham. Setelah menghantar borang permohonan kepada pihak MITI, mereka akan menilai permohonan berdasarkan penyata kewangan individu.

Berlainan dengan permohonan saham IPO melalui terbitan awam, perlu membuat pembayaran terlebih dahulu semasa memohon dan sekiranya permohonan tidak berjaya, barulah duit anda akan dikembalikan semula.

Pasaran sekuriti terbahagi kepada dua :-

1.Pasaran peringkat pertama yang dikenali sebagai tawaran awam permulaan atau Initial Public Offering (IPO) 

2.Pasaran peringkat kedua yang dikendalikan oleh Bursa Malaysia dan didagangkan melalui Papan Utama (Main Market) dan Papan Kedua (ACE Market)

ketika IPO dilancarkan, saham itu belum lagi diputuskan status halalnya. Di Malaysia pihak penasihat syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hanya akan mengemaskini status syariah semua saham dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan November.

Pasaran saham adalah pasaran umum untuk perdagangan sesebuah saham syarikat dan bentuk terbitan pada satu harga dipersetujui; terdapat sekuriti disenaraikan di bursa saham serta yang hanya didagangkan secara swasta.

Di Malaysia pasaran saham di kenali sebagai Bursa Malaysia, sebelum ini dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) selepas tahun 2004 BSKL tidak lagi digunakan.
Bursa Malaysia adalah sebuah syarikat pemegang urusniaga yang diluluskan di bawah Seksyen 15 Akta Perkhidmatan dan Pasaran Modal 2007. Ia mengendalikan satu integrasi urusniaga sepenuhnya, menawarkan satu julat perkhidmatan yang berkaitan dengan pertukaran mata wang termasuklah perkhidmatan perdagangan, pelangsaian, penjelasan dan simpanan.

Terbitan Bon Korporat di Malaysia Institusi-Institusi korporat kini telah mengalihkan tumpuan kepada pasaran bon sebagai alternatif selain membuat pinjaman bank dan penjanaan modal daripada pengeluaran ekuiti. Oleh demikian, pelabur institusi dapat mengurus profil ganjaran dan risiko melalui urus niaga pelbagai sekuriti yang terdapat dalam pasaran.

Di dalam kewangan, suatu bon adalah satu sijil boleh runding yang mengesahkan keberhutangan penerbit bon kepada pemegang bon. Ia boleh dirundingkan kerana pemilik sijil boleh dipindahkan di dalam pasaran kedua. Ia adalah satu hutang sekuriti, dalam mana mengarahkan penerbitnya berhutang kepada pemegangnya satu hutang dan, bergantung kepada syarat-syarat bon tersebut, terpaksa membayar bunga (Kupon) untuk digunakan dan/atau membayar balik pokok pada tarikh kemudian, yang dipanggil sebagai matang. Satu bon adalah kontrak formal untuk membayar balik wang yang dipinjam dengan bunga pada tempoh yang ditetapkan (setengah tahun, tahunan, kadangkala bulanan).

Penerbitan bon terbahagi kepada 2, bon patuh shariah dan bon konvesional. Pada tahun 1983, Malaysia menjadi negara pertama yang mengeluarkan Bon Kerajaan Patuh Shariah atau secara islam
Penerbitan bon patuh shariah lebih merupakan pertukaran aset patuh syariah untuk mendapatkan pembiayaan yang menggunakan pelbagai prinsip syariah.

Sukuk (Bahasa Arab: صكوك‎, jamak صك Sakk) adalah nama di dalam bahasa Arab bagi sijil-sijil kewangan, tetapi biasanya merujuk kepada bon dalam kewangan Islam. Oleh kerana pendapatan tetap, bond yang menghasilkan riba tidak dibenarkan di dalam Islam, sistem Sukuk disusun agar memenuhi tuntutan undang-undang Islam dan prinsip-prinsip pelaburannya, yang mana melarang mengenakan atau membayar riba. Aset kewangan yang memenuhi undang-undang Islam boleh dikelaskan berdasarkan kepada keboleh-dagangan dan ketidakboleh-dagangan dalam pasaran kedua.
Sebagai contoh Bank Negara Malaysia mengumumkan pengenalan satu instrumen monetari Islam yang baru, iaitu Bank Negara Malaysia Sukuk Ijarah ‘jual dan pajak semula’. Terbitan sulung ini telah diterbitkan pada 16 Februari 2006 dengan saiz terbitan sebanyak RM400 juta. Bank Negara Malaysia dan menerbitkan instrumen ini secara berkala. Saiz terbitan berikutnya adalah antara RM100 juta hingga RM200 juta.

Pengerusinya SC , Datuk Syed Zaid Albar, berkata pasaran modal negara berkembang dengan utuh dan teratur beberapa tahun lalu dengan saiznya pada akhir 2018 kekal melepasi paras RM3 trilion meskipun berdepan persekitaran pasaran yang mencabar.

Asas ekonomi makro negara yang kekal kukuh terus menjadi pemangkin kepada pengukuhan pasaran modal negara, aktiviti meraih dana daripada pasaran modal kekal konsisten dengan keperluan pembiayaan ekonomi.

Ekonomi Malaysia dijangka kekal kukuh tahun ini dengan kecairan domestik dan infrastruktur pasaran modal yang kekal utuh.

Bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara yang insklusif dan mapan menuju ke depan, pasaran modal mesti boleh diakses oleh semua penerbit, pelabur dan perantara, juga mesti tuntas dan berkembang supaya sejajar dengan perubahan landskap ekonomi dan permintaan pengguna.

Akses yang lebih besar dan fleksibiliti perlu seiring dengan akauntabiliti yang tinggi, akan terus meningkatkan standard tadbir urus dan kelakuan penerbit dan perantara dalam pasaran modal.

SC sebagai pengawal selia pasaran perlu bertindak sebagai pemangkin bagi membantu pasaran terus berkembang dan berkerjasama dengan semua pemegang kepentingan
Pasaran dengan peluang saksama dan keterangkuman bukan saja untuk syarikat besar tetapi juga meluaskan akses kepada penerbit dan pelabur yang kurang mendapat liputan.

Ketika ini SC mempunyai 13,000 syarikat yang mana bukan lagi dikategorikan sebagai enterpris mikro, kecil dan sederhana (MSME), pemegang kepentingan ini mewakili kira-kira separuh daripada ekonomi dan mereka perlu diberi akses kepada pasaran modal, dengan menyediakan akses kepada pemegang kepentingan , barulah memberi perkhidmatan kepada ekonomi sebenar Malaysia.

Pada 2019, SC terus memberi tumpuan dalam memperkukuhkan pembiayaan alternatif bagi memenuhi keperluan pendanaan syarikat MSME memudahkan model pelaburan digital bagi menarik penyertaan pelabur yang meluas, mengembangkan dan memanfaatkan sinergi antara pasaran modal Islam dan pembiayaan mapan untuk menarik penerbit dan pelabur yang lebih meluas dan mengkaji semula rangka kerja pasaran utama termasuk pendekatan terhadap meluluskan tawaran awam permulaan (IPO).

Sumber : Bank Negara Malaysia, Utusan online, Berita Harian, Wikipedia, Majalah Labur & Penulis sendiri



Post a Comment

0 Comments