MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Dasar Ekonomi Baharu Malaysia

Sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) di perkenalkan dalam Rancangan Malaysia Ketiga (ke-3) pada tahun 1976 - 1981 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Almarhum Tun Abdul Razak, matlamatnya adalah untuk mencapai perpaduan dan integrasi nasional dalam konteks strategi serampang dua mata:-

Mengurangkan dan membasmi kemiskinan serta meningkatkan pendapatan dan peluang - peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia, memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi kesan dasar pecah dan perintah penjajah sekaligus menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan seterusnya Model Ekonomi Baru (MEB) diperkenalkan adalah berasaskan kesenambungan dari dasar DEB cuma relevan dengan keadaan semasa perlaksanaanya mengikut peredaran masa.

Hari ini Malaysia kerajaan Baharu melalui Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir Mohamad dan diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi merancang menggubal dasar khas Dasar Ekonomi Baharu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan akan menggubal dasar ekonomi Melayu baru bagi mendepani cabaran ekonomi semasa.
Dasar itu akan berteraskan pertumbuhan, menjamin kesaksamaan serta perkongsian kemakmuran, juga berteraskan penjajaran semula pelbagai mekanisme dan inisiatif sebelum ini.
Dasar ini akan mencerakinkan semangat inklusiviti dan nilai keadilan yang akan menyumbang kepada kekayaan untuk dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia berkonsepkan shared prosperity (perkongsian kemakmuran).
Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof, berkata pendirian untuk mengutamakan segmen masyarakat Melayu itu tidak sewajarnya dipandang serong atau didakwa sebagai bersifat cauvinis.

Keputusan kerajaan untuk menggubal dasar khas itu sebaliknya adalah isyarat bagi merangsang pelbagai pihak berkuasa berkaitan dalam pertumbuhan ekonomi supaya kekal fokus memajukan sosio-ekonomi Melayu.
Kita ada satu pasukan dalam Kabinet, merangkumi pelbagai jawatankuasa yang bertindak memberikan input (mengenai pembangunan ekonomi Melayu).
Tiada salahnya usaha ini untuk bangsa tertentu kerana ia secara jelas diterjemahkan dalam statistik bahawa Melayu hanya menyumbang lapan peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Kadar sumbangan ini kurang daripada 10 peratus dalam tempoh 60 tahun, sedangkan anda (Melayu) mewakili 68 peratus daripada jumlah penduduk di Malaysia.
Isu yang membelenggu Melayu dalam konteks penguasaan ekonomi ialah mereka tidak diberikan peluang saksama untuk menerokai dunia perniagaan.
Kepincangan dan kurangnya aspek pendedahan kemahiran dan pengetahuan mengenai selok belok perniagaan dikenal pasti antara faktor utama usahawan Melayu sering gagal daripada mempertahankan perniagaan mereka.

Sebagai contoh rujukan boleh dibuat di majalah Forbes baru-baru ini dalam 15 orang terkaya di Malaysia hanya Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari sahaja yang tersenarai orang Melayu terkaya yang lainnya semuanya berbangsa Cina Malaysia dan yang mendahului adalah Dato Robert Kouk.
Telah diakui memang ramai (Melayu) yang pandai, selain mempunyai minat mendalam terhadap dunia keusahawanan tetapi mereka mungkin tidak faham cara untuk mengendalikan perniagaan secara besar-besaran dari segi pemasaran dan produk untuk di dedahkan kepada masyarakt dunia.
Oleh itu, dasar (ekonomi Melayu baharu) yang di gubal ini tidak lagi bersifat am, sebaliknya berteraskan pencapaian menerusi pelaksanaan inisiatif khusus.
Sejak zaman DEB lagi isu ini menjadi keutamaan tetapi sehingga hari ini belum dicapai sepenuhnya perubahan atau penjajaran semula perlu dilakukan untuk mencapai / sedaya upaya untuk dicapai. 

Sumber : Utusan Online, Berita Harian, wikipedia  dan Penulis sendiri.









Post a Comment

0 Comments