MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Faedah Menabung

 


Menabung merupakan satu amalan yang baik dan perlu ditanam pada setiap individu sejak di bangku sekolah lagi. Menabung didefinisikan sebagai “menyimpan wang dalam tabung” dan seringkali dikaitan dengan tabungan/simpanan wang atau duit (kertas & syiling). Amalan ini memberikan kesan positif dan pelbagai faedah hasil dari tabungan tersebut.

Menabung kini boleh dilakukan secara fizikal dan internet banking bergantung kepada kemudahan dan kesesuaian individu. Pelbagai faedah daripada amalan menabung di antaranya adalah:-

 

Memupuk Nilai-Nilai Murni

Sifat berjimat cermat dan tidak boros secara langsung dapat dipupuk dengan amalan menabung. Dengan adanya tanggungjawab menabung dalam diri individu setiap duit/wang yang dibelanjakan pastinya dicongak secara berhemah berapakah perlu dibelanjakan dan berapakah perlu di tabung serta membeli barang keperluan harian/bulanan berdasarkan keutamaan.

Nilai-nilai murni ini sekiranya diamalkan di sesebuah institusi keluarga kesannya kepada sumber kewangan institusi keluarga tersebut dan sifat-sifat seperti bertanggungjawab, berjimat cermat dan tidak boros diterapkan dalam kehdipun harian, bukan sahaja melibatkan kewangan malahan akhlak dan keperibadian individu dan institusi keluarga.

 

Persediaan Untuk Melanjutkan Pelajaran

Dengan adanya tabungan seseorang pelajar itu telah membuat persediaan melanjutkan pelajaran ke IPTA atau ke IPTS. Duit tabungan digunakan untuk membayar yuran pengajian sepanjang tempoh pengajian dan tidak terlalu bergantung kepada pinjaman atau biasiswa yang disediakan oleh kerajaan/ Syarikat Berhubung Dengan Kerajaan (GLC).

Melanjutkan Pendidikan ke Universiti/Kolej pastinya memerlukan wang/duit lebih semasa pendaftaran pengajian sebelum mendapat pinjaman Pendidikan bagi mereka yang mempunyai tabungan tidak seberapa, tetapi sekurang-kurangnya ada.

 

Sumber Penambahan Wang/Duit

Duit/wang tabungan dimasukkan ke dalam saham-saham amanah/ unit trust/ koperasi. Hasil simpanan/tabungan tersebut akan mendapat dividen setiap tahun kewangan di mana duit tersebut dilaburkan. Secara langsung wang tabungan akan bertambah tahun ke tahun.

 

Wang Simpanan/ Tabungan Bagi Kegunaan Semasa Kecemasan

Duit tabungan boleh digunakan sekiranya berlaku kecemasan dan perkara yang tidak dirancang perbelanjaan. Sebagai contoh Membantu ahli keluarga yang ditimpa musibah seperti banjir, kemalangan dan sebagainya.

 

Mengurangkan Bebanan Ibu Bapa

Hasil tabungan yang dibuat dapat membantu meringkan bebanan ibu bapa kerana duit tersebut digunakan bagi membeli keperluan pendidikan seperti yuran sekolah, membeli buku teks, peralatan sukan dan sebagainya. Ibu bapa past berbangga dan bersyukur dengan anaknya kerana mempunyai tanggungjawab dan nilai membantu dalam keluarga.

 

Membudayakan Amalan Menabung

Amalan menabung dapat dibudayakan di dalam institusi keluarga. Budaya ini dapat disemai kepada anak-anak dari kecil lagi. Apabila amalan ini menjadi satu kelaziman dalam keluarga maka generasi seterusnya pasti akan mengikutinya, tambahan lagi amalan ini amalan yang baik dan dapat mendisplinkan anak-anak.

 

Simpanan Untuk Masa Hadapan

Wang/duit yang disimpan akan digunakan untuk masa hadapan, dari belajar sehinggalah berumah tangga. Duit tersebut boleh digunakan semasa menyambung pendidikan, pekerjaan, perkahwinan, membuat /membeli rumah dan seterusnya.

 

Amalan menabung merupakan amalan yang mulia/baik dan perlu diterapkan kepada para anak-anak/ pelajar-pelajar sejak dari kecil lagi agar mereka mempunyai sumber kewangan pada usia yang masih kecil lagi. Amalan ini dapat mendidik mereka menjadi tahu menghargai duit/wang dalam perbelanjaan harian dan untuk apa duit tersebut digunakan/belanjakan. Para ibu bapa dan pihak kerajaan perlu memberi kerjasama dan galakan dalam amalan menabung seperti kerjasama dengan bank-bank tempatan, kempen galakkan menabung melalui media masa, media sosial, media cetak dan seumpamanya. Bak kata pepatah “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”.

 

Kredit: Admin  & gambar Pinterest

 

 

Post a Comment

0 Comments