MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Shoja’ Khalilzadeh Pemenang Jaringan Terbaik AFC 2019


Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini mengumumkan gol akrobatik pemain pertahanan kelab Persepolis dari Iran iaitu Shoja’ Khalilzadeh dipilih sebagai jaringan terbaik dalam kejohanan AFC Champions League 2019 berdasarkan keputusan undian daripada lebih 3 juta peminat.
Sebanyak 10 jaringan terbaik telah disenarai pendek termasuk jaringan daripada bintang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid ketika menentang Shandong Luneng di peringkat kumpulan pada bulan April 2019.

Sejak 29 November lalu, pihak AFC telah membuka undian di laman web untuk memberi peluang dan kebebasan kepada peminat memilih jaringan terbaik dalam saingan AFC Champions League 2019.

Shoja’ Khalilzadeh mendapat undian sebanyak 2,306,432 (59%), manakala Safawi Rasid 1,547,580 (40%), perbezaan undian sebanyak 758,852 melengkapkan kemenangan pada Shoja'Khalilzadeh pada hari ini undian ditutup.

Shoja' Khalilzadeh mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan peminat yang telah mengundi jaringan itu. Ianya sangat bermakna apabila dipilih sebagai jaringan terbaik dan diiktiraf oleh AFC, katanya kepada AFC. com

Sumber : Voketfc

Post a Comment

0 Comments