MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Haiwan Boleh Melihat Malaikat dan Syaitan


Soalan:

Benarkah haiwan dapat melihat makhluk ghaib seperti malaikat dan hantu syaitan sebagaimana yang dicertitakan setengah orang?

Jika benar adakah semua haiwan dapat melihat malaikat dan hantu syaitan?

Jawapan:

Sebagaimana yang datang dalam banyak hadis menceritakan bahawa haiwan diberikan kelebihan oleh Allah swt melihat makhluk seperti malaikat dan jin yang mana manusia tidak dapat melihatnya.

Antara hadisnya ialah:

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw bersabda:

Ertinya: "Apabila mendengar oleh kamu sekalian akan kokok ayam jantan maka mintalah kamu akan Allah kurnia-Nya maka sungguhnya ayam itu melihat akan malaikat. Dan apabila mendengar oleh kamu sekalian akan tempikan kaldai maka mintalah kamu sekalian perlindungan dengan Allah dari syaitan kerana sungguhnya kaldai itu melihat akan syaitan."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Daripada Jabir bin Abdillah r.a Rasulullah saw bersabda:

Ertinya:" Apabila kamu sekalian mendengar akan salakan anjing dan tempikan kaldai pada waktu malam maka hendaklah kamu memohon perlindungan dengan Allah swt maka sungguhnya anjing dan kaldai itu nampak akan apa yang kamu tidak nampak."

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Dan ada juga diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Nasaie dan Al-Hakim dan Ahmad dan lain-lain akan hadis yang serupa.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Post a Comment

0 Comments