MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Sanna Mirella Marin Perdana Menteri Finland Termuda di Dunia



Sanna Mirella Marin (lahir 16 November 1985) adalah seorang ahli politik Finland. Seorang Demokrat Sosial, beliau telah menjadi ahli Parlimen Finland sejak 2015 dan Menteri Pengangkutan dan Komunikasi sejak 6 Jun 2019.

Selepas Antti Rinne meninggalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri, Parti Demokratik Sosial Finland memilih Marin sebagai calon perdana menteri baru pada 8 Disember 2019.

Sanna Mirella Marin, 34 tahun menjadi perdana menteri yang termuda di dunia, perdana menteri paling muda di Finland dan Perdana Menteri wanita ketiga di Finland, menggantikan penyandang sebelum ini Antti Rinne.

Penggantian itu berlaku selepas Rinne meletakkan jawatannya pada Selasa setelah mendapat usul undi tidak percaya gara-gara gagal menguruskan masalah mogok pekerja pos negara itu, lapor Reuters.

Beliau akan mula mengambil alih negara itu di tengah-tengah mogok pekerja selama tiga hari yang dijangka akan mengganggu pengeluaran di beberapa kilang utama di Finland bermula hari ini.
Konfederasi Industri Finland menganggarkan mogok kali ini akan mengakibatkan kerugian kepada syarikat-syarikat terlibat sebanyak 500 juta euro (RM2.3 bilion).

"Kami mempunyai tugas besar untuk mengembalikan kepercayaan," kata Marin selepas memenangi pemilihan parti dengan undian tipis.

Sanna Mirella Marin, berjaya menewaskan lawannya Antti Lindtmann untuk mengambil alih tampuk pemerintahan parti Sosial Demokratik negara itu.

Perubahan pimpinan di Finland kali ini dilihat sedikit kekok memandangkan negara itu bertanggunjawab memegang jawatan presiden untuk Kesatuan Eropah sehingga hujung tahun dan memainkan peranan penting untuk menghalang peruntukan buat blok negara itu.

Perlantikan  Sanna Mirella Marin sebagai Perdana Menteri Finland menjadikan beliau diantara lima (5) ketua wanita  diantara 28 negara ahli kesatuan semasa di dalam Kesatuan Eropah (EU).


Lebih-lebih lagi, Sanna Mirella Marin mengetuai gabungan sayap kiri yang lima parti semuanya dipimpin oleh wanita, tiga daripadanya berada di bawah umur 35 tahun.

Wanita merasa lebih sukar untuk mencapai pekerjaan teratas di seluruh Eropah. Tetapi mereka wanita telah membuktikan bahawa mereka boleh menjadi pemimpin penting di Eropah setanding dengan lelaki.


Sumber: Reuters dan Wikipedia


Post a Comment

0 Comments