MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Laporan "Malaysia Economic Monitor" ke-21 Kos Sara Hidup


Menteri Perdaganggan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia YB Saifuddin Nasution melancarkan Laporan "Malaysia Economic Monitor" ke-21 oleh Bank Dunia. Laporan kali ini membawa tajuk "Making Ends Meet" dan memberi tumpuan kepada isu-isu kos sara hidup di Malaysia.


Kerajaan menerima baik teguran Bank Dunia bahawa sebelum ini, usaha menangani  Kos Sara Hidup bersifat ad-hoc, berjangka pendek dan dilaksanakan secara berasingan.


Kerajaan juga menerima baik cadangan Bank Dunia supaya:
  1. Usaha-usaha menangani Kos Sara Hidup diselaraskan dan dipantau oleh satu jawatankuasa yang mempunyai representasi pelbagai pihak.
  2. Fokus perlu diberi untuk melegakan beban Kos Sara Hidup rakyat dalam 3 aspek iaitu, makanan, pengangkutan dan perumahan.
  3. Memandangkan pertumbuhan pendapatan yang semakin mendatar menyumbang kepada tekanan Kos Sara Hidup, terdapat keperluan meningkatkan pendpatan rakyat dan merapatkan jurang pendapatan kaya-miskin.
Atas asas itulah kerajaan telah menubuhkan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) yang merangkumi para ahli Jemaah Menteri, pegawai kanan kerajaan, ketua agensi, ahli akademik, perwakilan NGO dan ahli korporat.

Sejak penubuhan, pelbagai inisiatif telah dirangka dan dilaksanakan oleh NACCOL seperti pengenalan pas pengangkutan My50 dan My100, diskaun 20% kepada pengguna KTM, inisiatif Food Bank Siswa dan Food Bank Malaysia,  penambahan barang kawalan dan pemanjangan kawalan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dan banyak lagi dalam mengawal Kos Sara Hidup di Malaysia.

Bagi meningkatkan pendapatan rakyat, kerajaan mula dengan usaha meningkatkan gaji minima daripada RM 1000 sebulan pada Mei 2018 kepada RM 1,100 sebulan pada 2019 dan RM 1,200 di bandar - bandar utama pada 2020.

Kementerian juga telah berusaha meningkatkan pendapatan rakyat melalui Kempen Beli Barangan Malaysia yang telah bantu usahawan tempatan yang terlibat mencapai jualan 7 angka yang konsisten serta meningkatkan purata jualan harian lebih daripada 300%.

Walaupun telah banyak dilakukan, kerajaan perlu mempertingkatkan usaha. Dalam mengorak langkah ke hadapan, kerajaan akan terus berkerjasama dengan institusi antarabangsa seperti Bank Dunia bagi menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara.

Sumber : IG saifnasution_

Post a Comment

0 Comments