MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bantu Safawi Rasid Bagi Pengundian Anugerah Gol Tercantik ACL 2019


AFC Champions League mengadakan pertandingan Anugerah Jaringan Tercantik/Terbaik bagi AFC Champions League 2019.

Gol yang dijaringkan Safawi untuk JDT itu ketika perlawanan menentang Shandong Luneng di pertandingan Asian Champions League (ACL) 2019, meskipun tewas kepada China ketika itu dengan jaringan 2 – 1. Namun jaringan Safawi Rasid diiktiraf antara 10 gol tercantik di pertandingan tersebut musim ini.


ACL merupakan pertandingan peringkat kelab paling paling berprestij di Asia, dan musim ini merupakan penyertaan pertama JDT untuk persaingan tersebut.

Setelah dicalonkan sebagai 10 jaringan tercantik bagi musim 2019, gol Safawi Rasid kini berpeluang memenangi Anugerah Gol Tercantik ACL 2019 sekiranya memperolehi undian yang mencukupi.

Pengundian ini akan ditutup pada 5 Disember 2019, undilah pilihan terbaik anda

Vote for your best goal of AFC Champions League 2019

Ayuh Malaysia Undi Safawi Rasid

Sumber:  AFC Champions League 2019 & Johorkini

Post a Comment

0 Comments