MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Intipati Belanjawan Tahun 2020



“Wawasan Kemakmuran Bersama membawa maksud pertumbuhan yang lebih saksama untuk negara, memberikan nilai yang lebih tinggi kepada ekonomi negara dan menjadikan Malaysia sebuah negara yang kompetitif, berintegriti dan bermaruah.”


 Antara Intipati Belanjawan Tahunan 2020 :-

1. Bantuan Khas Kewangan kepada kakitangan perkhidmatan awam dan Pesara.

Kakitangan awam mendapat RM500.00, Pesara mendapat RM250.00

2. Kadar gaji minimum di bandar-bandar utama dinaikan kepada RM1,200.00

3. Diskaun 18% kepada semua pengguna Lebuh Raya PLUS/milik PLUS mulai tahun 2020

Pengambilan lebuh raya Lembah Klang:-

-KESAS
-LDP
-SPRINT
-Terowong SMART

Kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Kedua Pulau Pinang akan dikurangkan daripada RM8.50 kepada RM7 mu;ai 1 Januari 2020

4. Gaji tambahan sebanyak RM500.00 bagi tempoh dua (2) tahun untuk graduan menganggurlebih setahun yang terima tawaran berkerja.

5.Gaji tambahan RM500.00 bagi wanita usia 30-50tahun kembali berkerja bagi tempoh dua (2) tahun.

6. Gaji tambahan RM350.00 ganti pekerja asing bagi tempoh dua (2) tahun.

7. Elaun Sara Hidup Nelayan dinaikan dari RM200.00 ke RM250.00.

8.Kadar kenaikan RM50.00 COLA (Elaun Sara Hidup) bagi kakitangan awam kumpulan pelaksana.

9.Pertambahan elaun bulanan bagi guru KAFA sebanyak RM100.00.

10. RM30.00 dikreditkan ke akaun e-Dompet untuk individu 18 tahun ke atas.

11. Elaun anggota BOMBA diberikan kepada setiap anggota BOMBA sebanak RM200 setiap bulan.

12. Program i-Suri potongan 2% dari gaji suami.

13. Sarapan pagi percuma dai setiap Sekolah Rendah Kerajaan (PSP)

14. Elaun RELA dinaikan kepada RM2.00 / jam

15. Bantuan Sara Hidup (BSH) RM300.00

- Individu Bujang

Berumur melebihi 40 tahun dengan pendapatan RM2,000 sebulan.

-Orang Kurang Upaya (OKU)

Berumur 18 tahun dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan 

Secara langsung penerima BSH menjadi penerima Skim Takaful MySalam secara percuma


Bagi Pembangunan Islam sebanyak RM1.3 billion diperuntukkan untuk pengurusan dan pembangunan Islam.

Seramai 33,200 guru KAFA seluruh Malaysia mendapat kenaikan elaun RM100.00

Imam, Bilal, Tok Siak, Noja, Merbot & Guru Ta'mir diberikan penghargaan bayaran 'one-off'' sebanyak RM500

Inisiatif pensijilan halal diperuntukan RM10 juta bagi tujuan tersebut

RM10 juta diperuntukkan bagi program promosi dan penerangan dasar "Rahmatan Lil Alamin" & "Maqasid Syariah".

Peruntukan untuk Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak RM30.6 billion 

Infrastruktur Kesihatan

Hospital (bina & naik taraf) RM 1.6 billion di peruntukkan, diantara hospital yang terlibat:-

  1. Hospital Tunku Rahimah Klang
  2. Hospital Kampar
  3. Hospital Labuan
  4. Pusat Kardiologi Hospital Queen Elizabeth II
Klinik (bina & naik taraf) RM319 juta diperuntukkan, klinik baharu di:-

  1. Setiau
  2. Sg Petani
  3. Kudat & Tawau, Sabah
  4. Cameron Highland
  5. Long San & Sg Simujan di Sarawak.
3R (Repair, Replace & Restore)

RM95 juta diperuntukkan bagi ubahsuai infrastruktur & kemudahan perubatan

RM227 juta bagi menaik taraf peralatan bagi perubatan

Perkhidmatan ICT

Diperuntukkan sebanyak RM31 juta termasuk projek pilot Hospital Rekod Perubatan Elektronik

Ambulans

Sebanyak RM59 juta diperuntukkan bagi kerjasama dalam penyediaan ambulan NGO bagi menambah lebih banyak ambulans.

Klinik Bergerak

Peruntukan RM5 juta terutama bagi kawasan Komuniti Orang Asli.

Perlindungan Kesihatan

Peruntukan sebanyak RM60 juta bagi pelaksana program imunisasi pneumokokal

PeKa B40 Had umur peserta diturunkan dari 50 kepada 40 tahun dan ke atas

Inisiatif Kesuburan

KWSP akan perkenalkan kategori pengeluran baharu kepada pasangan yang menjalani IVF.

Pelan Persaraan Swasta

Membenarkan pengeluran sebelum persaraan bagi kos rawatan kesihatan tanpa cuti.



Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) & Jabatan Perdana Menteri (JPM) Malaysia



Post a Comment

0 Comments