MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Ustaz Mohd Hariri Haji Mohamad Daud


Biodata

Nama: Ustaz Mohd Hariri Haji Mohamad Daud

Tarikh Lahir: 30 Oktober 1984

Tempat Lahir: Pasir Mas, Kelantan

Ustaz Mohd Hariri dikenali dengan petah berbicara dalam mengacarakan sesebuah majlis dan sangat sinonim sebagai Moderator Forum Perdana Hal Ehwal Islam dan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Beliau juga aktif dalam penulisan buku keagamaan dan lebih daripada 15 buah buku telah ditulis oleh beliau.

 

Pendidikan

2016: Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM)

Diploma Pengurusan Islam (DPI) dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

2009: Ijazah Sarjana Muda (Dakwah dan Pengurusan Islam) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Diploma Pengajian Islam (Usuluddin) dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA)

SMKA Tun Perak, Melaka

 

Kerjaya

Penolong Pengarah Kanan Bahagian Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Penolong Pengarah (Unit Indeks Syariah), JAKIM

Penolong Pengarah Bahagian Maqasid Syariah JAKIM

1 Februari 2019 – 31 Januari 2022: Ahli Lembaga Pengarah (LPU), USIM

Tenaga pengajar di USIM

Editor buku agama di sebuah syarikat

 

Penulisan/Buku

Aktif menulis dan telah menulis lebih daripada 15 buah buku. Beliau turut menyumbang penulisan Islam sebagai kolumnis di beberapa akhbar dan majalah arus perdana. Antara buku yang dihasilkan:-

  1. 303 Soal Jawab Fikah Kematian terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. 
  2. Rumah Yang Berkat Membawa Rahmat 
  3. 99 Tips Pembentangan Power 
  4. Menjejaki FirmanMu Di Langit Amerika

Buku penulisan beliau juga mendapat pengiktirafan/anugaerah antaranya:-

  1. Top 5 Buku Paling Popular 2015 
  2. Buku Pilihan Perpustakaan Negara 2018

 

Rancangan Televisyen (TV)/Pengacara/Moderator

Kisahnya Sahabat - Astro Oasis 

Forum Perdana Hal Ehwal Islam TV 1

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa

Rancangan Fikrah TV1

Tilawah Interaktif TV 1

Rancangan Assalamualaikum TV Al-Hijrah

Panel Isu Akidah TV Al-Hijrah.

 

Ahli Majlis/Jawatankuasa Pendidikan/Pelajaran Sekolah/Kolej/Universiti/Institusi

2009: Alumni Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan (FKP) dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam

2006 – 2007: Presiden/Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM 2006/2007

Presiden Kelab Debat.

 

Anugerah

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Perdana Menteri

Anugerah Pekerja Harapan JAKIM

Anugerah Penulis Pilihan Pembaca

Johan Pertandingan Pidato Piala Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

2018: Dipilih oleh Kedutaan Amerika Syarikat sebagai peserta program berprestasi tinggi Program Kepimpinan Pelawat Antarabangsa (IVLP) 

 

Sumber/Kredit: Internet 

 

BiodataNor Farhatul Fairuzah Panut

BiodataNurul Syafiqah Binti Mohamed Hanafiah

Post a Comment

0 Comments