MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Solat Jamak


Solat jamak adalah dua (2) solat yang dihimpunkan dan dilakukan pada salah satu (1) daripada du (2) solat fardhu.

Solat jamak terbahgai kepada dua (2):-
  1. Jamak Taqdim
  2. Jamak Takhir
Jamak Taqdim ialah himpunan dua (2) solat dan dilakukan pada waktu pertama. ia itu:-
  •  Menghimpunkan solat fardhu Zuhur dan Asar, dilakukan pada waktu solat Zuhur. 
  • Menghimpunkan solat fardhu Maghrib dan Isyak, dilakukan pada waktu solat Maghrib

Niat solat jamak Taqdim (solat Zuhur bersama solat Asar)


Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua (2) rakaat Qasar dihimpunkan kepadanya waktu Asar kerana Allah Ta'ala.


Sahaja aku solat fardhu Asar dua (2) rakaat Qasar dihimpunkan kepada waktu Zuhur kerana Allah Ta'ala.

Niat  solat jamak Taqdim (solat Maghrib bersama solat Isyak)


Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga (3) rakaat dihimpunkan kepadanya waktu Isyak kerana Allah Ta'ala.


Sahaja aku solat fardhu Isyak dua (2) rakaat Qasar dihimpunkan kepada waktu Maghrib kerana Allah Ta'ala.


Jamak Takhir ialah menghimpunkan dua (2) solat fardhu dan dilakukan pada waktu kedua/akhir.

  • Menghimpunkan solat fardhu Zuhur dan Asar, dilakukan pada waktu solat Asar.
  • Menghimpunkan solat fardhu Maghrib dan Isyak, dilakukan pada waktu solat Isyak.

Solat jamak dilakukan ketika musafir dan ketika tidak musafir keranan tuntutan sakit contoh Dialisis biasanya mengambil masa berjam-jam, hingga terlepas satu (1) solat fardhu.

Niat  solat jamak Takhir (solat Asar bersama solat Zuhur)


Sahaja aku solat fardhu Asar Dua (2) raakat Qasar dihimpunkan kepadanya waktu Zuhur kerana Allah Ta'ala.


Sahaja aku solat fardhu Zuhur Dia (2) raakat Qasar dihimpukan kepada waktu Asar kerana Allah Ta'ala.

Niat  solat jamak Takhir (solat Isyak bersama solat Maghrib)



Sahaja aku solat fardhu Isyak dua (2) raakat Qasar dihimpukan kepadanya waktu Maghrib kerana Allah Ta'ala.

Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga (3) raakat dihimpunkan kepada waktu Isyak kerana Allah Ta'ala.

Sumber : Panduan Solat dan Instagram PU Azman.




Post a Comment

0 Comments