MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Doa Rasulullah s.a.w ketika bertemu Lailatul Qadar

Aisyah ra.  Meriwayatkan: "Aku berkata: " Wahai Rasulullah s.a.w sekiranya aku bertemu dengan Lailatul Qadar, apakah doa yang perlu ku baca?  Rasulullah s.a.w bersabda :"Katakanlah :

"Ya Allah, sesungguhnya Emgkaulah yang mengurniakan keampunan terhadap dosa-dosaku. Engkau suka mengampun, maka ampunilah aku."

Sesungguhnya inilah doa yang mencakup segala-galanya di mana seorang itu memohon kepada Allah agar menerusi rahmatNya yang abadi memgampun dosa-dosanya. Jika ini sudah diperolehi, maka jalan ke akhirat adalah terselamat. Apalagi yang perlu dilakukan?

Imam Sufian Thauri pernah berkata bahawa menyibukkan diri kita dengan berdoa pada malam ini adalah terlebih baik daripada lain-lain bentuk ibadat. 

Ibnu Rejab pula berkata bahawa janganlah seseorang itu hanya sibuk berdoa tetapi buatlah juga lain-lain ibadat seperti membaca Al-Quran, solat,  bertafakur dan sebagainya.  

Pendapat yang terakhir inilah yang paling betul dan hampir kepada apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w.

Baca juga : Hikmah Bersahur
Baca juga : Keutamaan Ramadan
Baca juga : Panduan Pemakanan di Bulan Ramadan

Sumber : Hikmah & Fadhilat Ramadhan karangan M. Muhammad Zakariyya



Post a Comment

0 Comments