MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Air Nira Kurma

Pokok Kurma pastinya sinonim dengan buah Kurma tetapi berbeza pulak penanaman di Malaysia, seorang usahawan bernama Mohd Zain Mohamad berumur 59 tahun mengusahakan pokok kurma bagi menghasilkan "Air Nira Kurma"  dan mendapat permintaan yang menggalakkan.

Rasa yang enak berbanding air nira kelapa menyebabkan Air Nira Kurma menjadi sebutan dan dijangka mendapat permintaan yang tinggi menjelang bulan Ramadan awal Mei ini.

Beliau yang satu-satunya pengusaha Air Nira Kurma di Malaysia  bermula 19 tahun yang lalu apabila menanam ratusan pokok kurma di kebunnya 
Pada mulanya, percubaan Mohd Zain menanam pokok kurma di tanah seluas 0.3 hektar tanah miliknya sebagai hobi sahaja tanpa mempunyai ilmu khusus berhubung penjagaan pokok kurma.
Disebabkan tiada ilmu pengetahuan berkenaan pokok kurma, pokok kurma yang sepatutnya mengeluarkan buah menjadi pokok jantan, dan ini menyebabkan dia mencari sumber maklumat untuk mendapatkan hasil daripada pokok berkenaan.
Bermula tahun 2018 lalu, kira-kira 200 pokok kurma yang ditanam itu mula mengeluarkan hasil apabila Mohd Zain mampu menghasilkan nira atau lebih dikenali sebagai ‘tuak kurma’ di negeri Kelantan.
“Alhamdulillah usaha saya tidak sia-sia apabila saya kini digelar pengusaha nira kurma. Malah, saya adalah satu-satunya pengusaha nira kurma di Malaysia. Kata Mohd Zain Mohamad.
Air Nira Kurma bukannya diproses dengan buah kurma sebaliknya air berkenaan mengalir dari pokok kurma, namun warna airmya lebih kurang sama dengan nira kelapa. Untuk mengeluarkan air kurma, bahagian batang perlu ditoreh terlebih dahulu. Proses ini sama seperti mengambil air nira kelapa.
Alhamdulillah sambutan terhadap Air Nira Kurma amat menggalakkan sehingga beliau tidak menang tangan untuk mengurusnya sendiri. Setiap botol Air Nira Kurma yang mengandungi 250 ml dijual dengan harga RM15,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Teras, Binjai.
Mohd Zain Mohamad berkata, setiap pokok kurma mampu menghasilkan empat liter air setiap hari, namun bekalan yang ada itu masih tidak mencukupi bagi menampung permintaan pelanggan yang sedia ada.
Beliau tidak menjual di kedai sebaliknya pelanggan akan datang ke rumah untuk mendapatkan tiga produk/barangan berkenaan ia itu:-

  1. Air Nira Kurma
  2. Manisan Gula Melaka
  3. Cuka Kurma
Untuk Cuka Kurma, beliau berusaha untuk mengkomersilkan memandangkan ia banyak khasiat.
Selain ahli keluarga, beliau terpaksa menggunakan khidmat pekerja Bangladesh bagi menghasilkan ketiga - tiga produk di atas, memandangkan terlalu sukar untuk mendapatkan pekerja tempatan kata Mohf Zain.
Kos untuk sepohon pokok kurma adalah RM1,000 hingga RM2,000, namun beliau tidak membelinya memandangkan kos terlalu mahal. Beliau hanya menyemai daripada biji kurma yang berkualiti dan seterusnya di jaga dan di tanam.

Sumber : Berita Harian dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments