MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ketua Hakim Negara Malaysia 2019

Hakim Mahkamah Persekutuan, Tengku Maimun Tuan Mat dilantik sebagai Ketua Hakim Negara yang baru bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum yang telah bersara pada 12 April 2019, setelah mencapai umur 66 tahun dan 6 bulan tempoh perkhidmatan maksimum hakim-hakim Malaysia.
Pelantikan itu sekali gus menjadikan Tengku Maimon sebagai wanita pertama di Malaysia memegang jawatan tersebut, berkuat kuasa pada 2 Mei 2019.(hari ini).
Tengku Maimun Tuan Mat memulakan perkhidmatan sebagai pesuruhjaya kehakiman pada 2006 sebelum dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi.
Beliau kemudian dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan pada 2013 dan seterusnya dilantik menjadi Jakim Mahkamah Persekutuan pada November 2018.
Pejabat Perdana Menteri menyatakan perlantikan Tengku Maimun Tuan Mat diperkenan Yang di-Pertuan Agong setelah mendapat nasihat perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Dalam kenyataan Pejabat Perdana Menteri turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tan Sri Richard Malanjum di atas segala khidmat bakti beliau sepanjang memegang jawatan Ketua Hakim Negara.
Menurut Pejabat Perdana Menter lagi, majlis penyampaian watikah perlantikan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan dimaklumkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.
Majlis akan diadakan setelah mendapat perkenan  Yang DiPertuan Agong Al - Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta'in Billah Shah.
Sumber: Malaysiakini dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments