MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Keutamaan Ramadan/Ramadhan


Salman ra. meriwayatkan bahawa: " Pada hari terakhir Sya'ban, Rasulullah s.a.w berkhutbah kepada kami :"Wahai manusia kini muncul kepadamu satu bulan yang besar (mulia), bulan yang tersangat berkat terkandung di dalamnya satu malam yang lebih tinggi nilainya daripada seribu bulan. Inilah bulan yang Allah fardhukan puasa di siang hari dan menjadikan solat tarawih sebagai sunnah di malam hari. Sesiapa yang ingin menghampirkan diri kepada Allah (taqarrub) melalui amalan baik di bulan ini, maka akan dibalas kepadanya dengan ganjaran seolah - olah dia melakukan amalan fardhu di bulan yang lain pada tahun itu.

Barangsiapa melakukan amalan fardhu akan dibalasi kepdanya dengan tujuh puluh amalan fardhu pada bulan lain. Inilah sesungguhnya bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran yang sejati ialah "Jannah" Inilah bulan simpati terhadap sesama lainnya, di bulan inilah rezeki orang-orang beriman ditambah. Barangsiapa memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa maka dibalas kepadanya dengan keampunan terhadap dosa-dosanya dan bebas dari api neraka Jahanam dan dia juga memperolehi ganjaran yang sama sebagaimana orang yang berpuasa tadi tanpa sedikitpun mengurangi pahala orang yang berpuasa itu.

Maka kami pun berkata :"Ya Rasulullah tidak kesemua kami mempunyai sesuatu yang dapat diberikan kepada orang yang berpuasa makan untuk mereka berbuka. " Jawab Rasulullah :" Allah akan mengurniakannya balasan kepada orang yang berpuasa,  ataupun seteguk air untuk dia berbuka puasa.  "Inilah bulannya yang pada awalnya Allah menurunkan rahmat,  di pertengahannya Allah memberikan keampunanNya dan pada akhirnya Allah membebaskan hambayNya daripada api neraka jahanam. "

Di dalam bulan ini berusahalah segiat-giatnya memperbanyakkan empat perkara. Dua di antaranya ialah untuk menyukakan Allah s.w.t sedangkan yang dua lagi kamu tidak boleh lakukan tanpaNya. Perkara yang dapat menyukakan Allah s.w.t ialah kamu hendaklah memperbanyak membaca "Kalimah Tayyibah dan beristighfar. Dan perkara yang kamu tidak dapar lakukan tanpaNya ialah kamu memohon kepada Allah untuk masuk syurga dan memohon kepadaNya daripada dicampak ke dalam neraka jahanam.

Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berpuasa, maka Allah akan memberinya minum dari telagaku (haud) yang sekali minum dia tidak akan  kedahagaan lagi Sehinggalah dia memasuki "Jannah".

(Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya)

Baca juga : Hikmah Bersahur 
Baca juga : Fadhilat Utama Ramadhan
Baca juga : Rahsia Keagungan Ramadan

Sumber : Hikmah & Fadhilat Ramadhan, Karangan M. Muhammad Zakariyya 

Post a Comment

0 Comments