MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Ibadah Puasa Bermula Esok 6 Mei 2019

Umat Islam di negara Malaysia akan mula berpuasa pada Isnin, 6 Mei 2019.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkannya berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari tersebut bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.
Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini, 5 Mei, Ahad bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah.
Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sumber :Bernama

Post a Comment

0 Comments