MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Al-Fatihah Buat Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz


إنا لله وإنا إليه راجعون  

Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru telah kembali bertemu dengan penciptanya. Allahummaghfirlahu.
 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu". Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Jemaah Menteri Malaysia dan tokoh agama menyifatkan pemergian pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, sebagai kehilangan besar dalam pembangunan Islam negara.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, juga tidak ketinggalan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
“Salam takziah buat keluarga dan sahabat handai Ustaz Abu Hassan Din Al-Hafiz. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan syuhada dan solehin,” katanya melalui Twitter rasmi beliau.

Ciapan beliau kemudian diulang kicau oleh suaminya yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, menerusi Twitter rasmi beliau sebentar tadi, menganggapnya satu kehilangan permata ummah.
“Hiba mendengar berita pemergian permata ummah, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Datuk Seri Abu Hassan Din al-Hafiz. Al-Fatihah,” katanya melalui Twitter.
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, pula berkata negara kehilangan ilmuwan Islam yang disegani dengan pemergian Allahyarham.
“Malaysia hari ini kehilangan seorang ilmuwan Islam disegani, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz. KPM (Kementerian Pendidikan) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan roh beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah!” katanya melalui Twitter.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata Allahyarham banyak menyumbang jasa dalam menyebarkan dakwah Islam.
“Pagi ini, saya mendapat berita yang pastinya membuatkan ramai bersedih apabila Al- Fadhil Ustaz Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz sudah dijemput kembali ke rahmatullah. Semoga dicucuri rahmat dan keampunan ke atas rohnya.
“Saya merakamkan takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau. Beliau seorang yang banyak menyumbang jasa dalam menyebarkan dakwah Islam dan mendidik masyarakat. Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran buat beliau. Al-Fatihah,” katanya dalam Facebook rasmi beliau.
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, turut menzahirkan kesedihan atas pemergian Allahyarham.
“Sayu menerima khabar pemergian murabbi ummah, Al-Fadhil Ustaz Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, sebentar tadi. Saya mendoakan semoga Almarhum dikurniakan husnul khatimah dan ditempatkan di syurga yang penuh dengan nikmat Allah SWT. Al-Fatihah,” katanya melalui Twitter.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, mendoakan segala urusan berhubung Allahyarham dipermudahkan.
“Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz yang meninggal dunia, pagi tadi. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan saya mendoakan agar segala urusan dipermudahkan. Al-Fatihah,” katanya juga melalui Twitter.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, melalui Instagram rasminya, mengenang kembali kenangan bersama Allahyarham, suatu ketika dahulu.
“Menerima berita pemergian tokoh ilmuwan tanah air, Almarhum Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz ke rahmatullah. Saya mengenali beliau sejak kecil sebagai tokoh dakwah yang sangat berpengaruh.
“Masih jelas dalam ingatan, celoteh beliau dalam Forum Perdana Ehwal Islam, satu ketika dahulu. Dalam gelak tawa, ada nasihat serta kata hikmah yang pastinya menyegarkan minda dan hati,” katanya.
Allahyarham yang juga bekas Penasihat Agama Istana Negara meninggal dunia kira-kira jam 7.30 pagi tadi.
Petikan kata - kata terakhir Allahyarham sewaktu menyampaikan kuliyah Maghrib di Seremban , Ng. Sembilan semalam. 
Ceramah arwah di Surau Seremban Selatan. Ceramah bermula selepas solat Maghrib dan selesai kuliyah pada pukul 10 malam.
Pesanan terakhir... solat tuan2 dan puan2 .. solat tu umpama buka bank akaun .. tanpa bank akaun tiada satu sen pun dpt menyimpan...banyak mana pun .. ramai mana pun orang cuba sedekah dan nak menabung utk tuan2.. jika tuan2 tiada akaun... maka sia-sia sahaja lah..
MasyaaAllah .. patutlah dia seperti tak mahu berhenti berckp memberi nasihat...itu pun dia kata .. lepas ni tuan2 jgn bertanya lagi .. jgn ganggu lagi...
Siapa sangka .. kata2nya .. ADA APA2 LAGI SOALAN? tanya sekarang .. lepas ni takde lagi dah...
Itulah ceramah terakhir arwah malam tadi di Surau An-Nur Seremban Selatan..
Sumber : Berita Harian dan WhatsApp

Post a Comment

0 Comments