MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pengecualian Duti Eksport Minyak Sawit 2019


Menteri Industri Utama, Malaysia Teresa Kok Suh Sim mengumumkan Duti eksport minyak sawit mentah ditangguhkan bermula 1 Mei 2019 hingga 31 Dis depan,
Beliau berkata penangguhan duti itu dijangka mampu menggalakkan eksport minyak sawit ke luar negara, selain ke pasaran baharu.

Pasaran baharu yang dinyatakan seperti mana usaha kerajaan Malaysia menerokai pasaran di negara Afrika dan Timur Tengah Arab dan Rusia yang kini mendapat respon yang positif dan menggalakkan dari negara tersebut.

Lanjutan dari penangguhan duti ini, syarikat pengeluar dan pengeksport perlulah mengambil peluang untuk memperbanyakkan mengeksport dan mempertingkatkan keluaran minyak sawit.

Melalui cara ini, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Industri Utama  dapat memberikan manfaat kepada pengusaha dan pekebun kecil kelapa sawit.

Namun, semua usaha ini memerlukan masa untuk dilaksanakan dan berharap dengan duti percuma akan mengalakkan lebih banyak eksport minyak sawit keluar negara dan pasaran baharu. 

Sumber : Bernama dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments