MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

AMMB Holdings Bhd. Menang Anugerah Kemampanan 2019

AMMB Holdings Bhd. memenangi Anugerah Kemampanan 2019, kumpulan perbankan pertama di Malaysia menerima anugerah tersebut berdasarkan kaedah holistik yang dibangunkan oleh RAM Ratings untuk mengukur prestasi kemampanan.
Kumpulan pasaran modal AmInvestment Bank Bhd. turut menerima dua anugerah - berkongsi tempat kedua bagi kategori Anugerah Pengurus Utama 2018 dan berkongsi tempat kedua bagi Anugerah Pengurus Utama (Sukuk) 2018, kedua-duanya berdasarkan kepada bilangan terbitan.
Anugerah tersebut diterima pada Anugerah Liga RAM Tahunan ke-16 yang berlangsung baru-baru ini.
Kami gembira diiktiraf sebagai kumpulan perbankan pertama yang menerima anugerah ini daripada RAM dan melihat semua kerja keras dilakukan semua orang dalam kumpulan ini sehingga menghasilkan pencapaian ini dihargai.
Sebagai institusi perbankan yang bertanggungjawab dalam mematuhi prinsip tadbir urus yang baik, kami komited untuk mewujudkan impak sosial positif kepada negara,” kata ketua pegawai eksekutif kumpulan Datuk Sulaiman Mohd. Tahir.

Kumpulan RAM Holdings merupakan pembekal utama penarafan kredit bebas, penyelidikan, latihan, analisis risiko, harga bon dan maklumat kredit. Terdahulu dikenali sebagai Rating Agency Malaysia Berhad, RAM Holdings ditubuhkan pada November 1990 sebagai pemangkin kepada pasaran modal hutang domestik dan sebagai agensi penarafan kredit pertama negara. Para pemegang saham kami terdiri daripada institusi kewangan utama di Malaysia, S & P Global Asia Holdings Pte Ltd dan Fitch Ratings Limited.

Baca juga : Maybank Islamic

Sumbet: Bernama dan RAM Ratings web



Post a Comment

0 Comments