MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pep Guardiola Pengurus Terbaik 2018




Pengurus Kelab Manchester City, Pep Guardiola mengatasi Jurgen Klopp Pengurus Liverpool bagi meraih gelaran pengurus terbaik tahunan Persatuan Pengurus Liga, hari ini 15 Mei 2019, menjadikan gelaran sebagai Juara Liga EPL 2018 & Pengurus Terbaik 2018.

Pep Guardiola mengekalkan gelaran Liga Perdana pada Ahad lalu apabila Manchester City (98) menewaskan skuad kendalian Jurgen Klopp, Liverpool (97) dengan satu mata pada penghujung pemburuan liga.


Skuad Pep Guardiola boleh melengkapkan tiga kejuaraan domestik bola sepak England apabila mereka berdepan Watford pada final Piala FA di Wembley pada 18 Mei 2019, sekiranya mereka memenangi perlawanan tersebut sabtu ini.

Pep Guardiola mendahului undian di depan Jurgen Klopp, pengurus Tottenham; Mauricio Pochettino, yang membawa Spurs ke final pertama Liga Juara-Juara dan Nuno Espirito Santo dari Wolves, yang menamatkan saingan di tangga ketujuh pada musim pertama kembali ke liga utama. 


Sumber: AFP

Post a Comment

0 Comments