MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Memanfaatkan Potensi Ekonomi Digital

"Memanfaatkan Potensi Ekonomi Digital’ adalah tajuk pembentangan yang disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia Lim Guan Eng pada acara "Malaysia Hub" anjuran World Bank Group di Washington DC, pada12 April 2019 (jumaat).

Kerajaan Malaysia komited memperkenalkan dasar pemboleh sebagai pemacu baharu pembangunan yang akan menjadikan negara Malaysia sebagai prospek menarik bagi teknologi tinggi, ekonomi dan industri digital tokokan nilai tinggi di rantau ini.

Dasar-dasar ini akan menggariskan peranan kerajaan sebagai pemboleh dalam memacu dan memangkinkan transformasi digital dalam sektor dan perkhidmatan berkaitan. Dasar-dasar ini tidak terhad kepada hanya untuk menggalakkan penggunaan teknologi tetapi juga meningkatkan keupayaan inovatif dalam mencipta teknologi, produk dan perkhidmatan buatan tempatan. 

Bagi menerima ekonomi digital, Lim Guan Eng berkata, tumpuan utama kerajaan adalah pada 3A - ‘availability’ (ketersediaan), ‘accessibility’ (kebolehcapaian) dan ‘acceptability’ (kebolehterimaan), bagi memastikan persekitaran yang makmur kepada rakyat, di samping menggalakkan langkah ke arah negara keusahawanan di mana setiap orang boleh menjadi usahawan dengan cara mereka sendiri dalam era digital ini. 

Seiring dengan teknologi masa kini “Sebuah negara keusahawanan yang mengguna pakai ekonomi digital akan membolehkan negara seperti Malaysia beralih dari pendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi dalam  status ekonomi.

Bagi mencapai matlamat ini kerajaan Malaysia perlu menjalin perkongsian dengan sektor awam dan juga dengan profesional serta orang ramai bagi mendapat sokongan awam.

Walaubagaimanapun kerajaan Malaysia perlu membuat pelaburan atau mengeluarkan dana dalam penyelidikan dan pembangunan kritikal dengan melibatkan sektor swasta sebagai pelaksana penyelidikan dan pembanguan kritikal tersebut.

Sumber : Akhbar tempatan

Post a Comment

0 Comments