MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Potensi Guarana di Malaysia

Syarikat multinasional bernama Ritz Corporate Berhad menyatakan hasrat akan membina kilang pemprosesan biji Guarana di Keningau, Sabah. Hasrat ini di umumkan pada 12 April 2019.


Pada tahun 2017 kerajaan Malaysia telah mengharamkan kemasukan tumbuhan dan benih Guarana kerana dikhuatiri membawa penyakit hawar yang boleh menjejaskan tumbuhan pokok getah Malaysia. Namun pada tahun 2018 kerajaan Malaysia telah menarik balik pengharaman tersebut dan membenarkan import tumbuhan dan benih Guarana di bawa masuk ke Malaysia. 

Guarana adalah sejenis tumbuhan berasal dari Lembah Amazon dan banyak didapati di negara Amerika Selatan atau Amerika Latin, Guarana sejenis tumbuhan memanjat, berdaun besar dan berwarna merah serta mempunyai biji yang besar seakan - akan biji buah mata kucing. 

Diantara kegunaan pokok Guarana, bijinya boleh diproses menjadi minuman kopi dan mengandungi kafein 2 kali ganda yang tinggi berbanding minuman kopi.

Berbalik kepada syarikat Ritz Corporate Pengarah Eksekutifnya, Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari berkata, pembinaan kilang berkapasiti besar itu dijangka akan bermula tahun 2020 sebagai sebahagian infrastruktur pemasaran peladang komoditi itu di Sabah.

Kilang tersebut akan memproses bahan mentah Guarana bagi menghasilkan produk tepung, minyak masak, teh, air mineral serta keperluan kesihatan berasaskan tumbuhan Guarana. Perkara utama pembinaan kilang tersebut adalah mengeluarkan produk tepung Guarana sebagai gantian alternatif menggantikan tepung gandum bagi mengurangkan kebergantungan terhadap tepung gandum. 

Ketika ini produk tepung Guarana mendapat permintaan yang tinggi di Amerika Syarikat,  China,  Canada dan Hong Kong serta kini telah memasuki pasaran negara Malaysia.

Sabah sangat berpotensi untuk pembangunan tanaman Guarana kerana mempunyai keluasan tanah, iklim yang sesuai, taburan hujan yang tinggi menjadi faktor utama tumbuhan ini diusahakan secara besar - besaran di Sabah. Sumber ini dikuatkan lagi melalui kajian yang dibuat oleh syarikat Ritz Corporate Berhad.

Ritz Corporate Berhad juga telah membuat program penanaman Guarana di Tuaran,  Kota Marudu dan Keningau dan mendapat sambutan yang positif dari kalangan penduduk setempat, dalam masa yang sama surat juga telah di hantar kepada Ketua Menteri Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Pengarah Jabatan Pertanian Sabah berhubung dengan segala peraturan yang membolehkan biji guarana yang berasal dari negara utara Brazil dibawa masuk ke Sabah.

Datuk Seri Zakwanhafiz Ahmad Ansari menyatakan arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sabah  akan dipatuhi dan kenyataan yang diberikan ini ialah memberitahu anda bahawa perkembangannya sangat positif.

Ritz Corporate Berhad membangunkan tanaman Guarana di negeri Sabah kerana memenuhi permintaan petani, pekebun getah serta peladang yang mahukan ekonomi yang lebih baik untuk golongan mereka.

Sumber : Akhbar tempatan dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments