MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Shopee


Shopee Malaysia muncul sebagai platform e-dagang pembelian melalui medium internet nombor satu negara mendahului pesaingnya Lazada  dan  11 Street dan antara 10 laman sesawang yang paling kerap dilayari, menurut firma analisis perancangan, urus niaga dan penilaian media merentasi platform Comscore.
Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, berkata dengan hampir separuh penduduk negara  Malaysia ini ada dalam pangkalan datanya, Shopee mempunyai akses kepada Data Raya yang membolehkannya memahami tabiat beli-belah rakyat Malaysia.

Antara faktor yang menjadikan laman sesawang Shopee di layari oleh rakyat Malaysia adalah :-

  1. Tingkah laku (Customer Behavior) rakyat Malaysia puratanya suka melayari internet dan membuat pembelian melalui internet.
  2. Shopee menawarkan harga barangan yang murah dan berpatutan.
  3. Memudahkan pembelian melalui internet dan tidak perlu ke kompleks membeli belah disamping menjimatkan masa dan tenaga.
  4. Menyediakan perkhidmatan penghantaran pesanan (Delivery Order) kepada pelanggan. 
  5. Kepercayaan (Brand Trust) terhadap Shopee itu sendiri memeberikan nilai kesetiaan kepada pelanggan. 
  6. Kewujudan laman sesawang e-dagang yang lain memberikan persaingan yang sihat dalam menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan khususnya kepada rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia.
Menurut pangkalan data itu, pesanan paling banyak diterima dari negeri :-

  1. Selangor dan Kuala Lumpur mendahului (paling ramai membuat pembelian melalui internet)
  2. Perlis, Kedah, Pulau Pinang merekodkan peningkatan aktiviti beli-belah dalam talian dengan satu pertiga pembelian di negeri terbabit adalah dalam kategori Barangan Pengguna Cepat Laris (FMCG) termasuk produk penjagaan diri.
  3. Kelantan, Pahang dan Terengganu pula mencatatkan pertumbuhan tiga angka pengguna baharu dengan kategori Alat Mainan, Kanak-kanak dan Bayi merekodkan pembelian tertinggi.
  4. Bagi wilayah selatan, bilangan pengguna Shopee juga meningkat dengan sebahagian besar adalah lelaki dan kategori Pakaian Lelaki antara kategori terlaris berbanding negeri-negeri lain.
Berikutan program penghantaran percuma ke seluruh negara, aktiviti beli-belah dalam talian di Sarawak, Sabah dan Labuan juga mencatatkan peningkatan dengan kategori ‘Mudah Alih dan Aksesori’ menjadi tumpuan.
Menurut Ho, kempen Shopee dibuat dengan mengambil kira aspek yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan pasaran termasuk kempen 27.3 Shopee Mega Sale yang akan diadakan dari 21 hingga 27 Mac ini.
Kempen itu yang menawarkan penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM27 turut menyediakan permainan ‘Tikam” RM1 serta Shopee Quiz yang menawarkan hadiah bernilai RM1 juta.

Sumber : Bernama dan Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments