MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kesan Aktiviti Manusia Terhadap Ekosistem


Ekosistem ialah suatau kategori sistem fizikal yang terdiri dari kompenen atau elemen hidup (biotik) dan kompenan bukan hidup (abiotik) berinterkasi diantara satu sama lain dan saling bergantung diantaranya. Sebagai contoh biotik (pengeluar) dan abiotik (cahaya matahari).

Tetapi ekisistem alam ini akan terjejas oleh aktiviti - aktiviti manusia sekiranya tidak dikawal dan tiada pemantauan terhadapnya.

Diantara kesan - kesan aktiviti-aktiviti manusia terhadap keseimbangan ekosistem,  disini diberikan 5 kesan kegiatan manusia terhadap kesimbangan ekosistem hutan:-

1. Aktiviti Pembalakan
Aktiviti pembalakan menyebabkan banyak tumbuhan dan pokok di musnahkan memberi kesan kepada berkurangnya oksigen dan karbon dioksida meningkat, oksigen terhasil dari proses yang dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan.

Tanah juga terhakis dan kehilangan kesuburan tanih,  spesis flora fan fauna juga terjejas serta menyumbang kepada rumah hijau.

2. Aktiviti Pertanian 
Penebangan hutan bagi tujuan pertanian menyebabkan kehilangan hutan,  mengakibatkan tanah terdedah dengan hakisan dan kurangnya kawasan tadahan hujan.

3. Aktiviti Pengangkutan 
Pembinaan jalan raya akan menyebabkan berlakunya hakisan tanah dan tanah runtuh khasnya pembinaan jalan raya di lereng bukit dan kawasan bukit.  

Pelepasan asap kenderaan yang mengandungi karbon dioksida,  menyumbang kepada peningkatan suhu panas dunia.

4. Pembinaan Empangan 
Menjejaskan kawasan hutan dalam skala yang besar,  penebangan hutan memusnahkan flora dan fauna, peningkatan suhu dan hakisan tanah serta larian air bawah tanah dan permukaan.

5. Aktiviti Perlombongan 
Melibatkan kemusnahan hutan dan tumbuh-tumbuhan, pengelodakan berlaku dengan cepat,  tanih menjadi tidak subur seterusnya menjejaskan flora dan fauna.

Sumber : Buku akademik dan Penulis sendiri. 

Post a Comment

0 Comments