MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Azan Sembayang Jumaat New Zealand


Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern mengumumkan bahawa Stesen televisyen dan radio nasional New Zealand akan mengumandangkan azan sembahyang Jumaat pada minggu ini, sebagai tanda solidariti dengan umat Islam di New Zealand.

Kridet harus diberikan kepada Jacinda Arden atas keprihatinan beliau terhadap rakyatnya yang beragama Islam dan menerima agama Islam adalah sebahagian dari New Zealand.
Ia susulan serangan pengganas di dua masjid, Masjid Al-Noor dekat Hagley Park dan Masjid dan Masjid Linwood di pinggir bandar Christchurch ketika waktu sembahyang Jumaat minggu lalu, yang mengorbankan 50 nyawa.
Upacara tafakur selama dua minit akan diadakan pada Jumaat tersebut bagi memperingati (sempena seminggu serangan), mengorbankan mangsa yang tidak berdosa seramai 50 orang.
New Zealand juga akan menyiarkan azan secara nasional melalui TVNZ dan RadioNZ," seperti dilapor CNN Indonesia yang memetik TVNZ.
Jacinda Ardern yang juga pemimpin Parti Buruh New Zealand kian diperkatakan oleh masyarakat dunia selepas dilihat mengendalikan tragedi itu dengan baik dan berhikmah.
Syabas dan tahniah kepada Jacinda Arden atas tindakannya sebagai seorang pemimpin yang mengambil berat akan rakyatnya tanpa mengira agama dan bangsa, kepimpinan seperti ini lah yang sepatutnya di tonjolkan oleh semua pemimpin dunia.

Sumber : Malaysiakini dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments