MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kempen Negatif Kelapa Sawit Tidak Berasas


Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata beberapa ahli Parlimen dan pemimpin politik Perancis mengakui bahawa kempen negatif Kesatuan Eropah mengenai minyak kelapa sawit Malaysia adalah tidak berasas, pandangan itu disuarakan oleh ahli Parlimen dan pemimpin politik terbabit, ketika mengadakan pertemuan di sebuah hotel di Paris.

Berikutan Akta Perwakilan yang akan dibentangkan Suruhanjaya Eropah untuk mengklasifikan minyak sawit sebagai ‘berisiko tinggi’.

Ahli Parlimen itu juga menyatakan mereka telah pergi ke Malaysia dan pernah melihat sendiri Malaysia mempunyai satu persekitaran yang baik (berkaitan industri kelapa sawit).

Apa yang digambarkan oleh Kesatuan Eropah (EU) adalah tidak berasas dan mengakui kelapa sawit Malaysia telah mendapat publisiti yang negatif serta merasakan kelapa sawit Malaysia bukan seperti yang didakwa sebagai ‘bad practice’,”

Ahli Parlimen dan pemimpin politik Perancis terbabit turut terkejut apabila dimaklumkan bahawa Malaysia masih mempunyai lebih 53 peratus keluasan hutan seperti mana yang dinyatakan oleh Malaysia memberikan jaminan untuk mengekalkan sekurang - kurangnya 50% dariapada kawasan tanah di bawah kawasan litupan hutan pada sidang kemuncak Rio,  Brazil 1992.

Sehingga kini Malaysia masih mempunyai hidupan liar yang terpelihara seperti Harimau Malaysia (Malaysian Tiger) dan Orang Utan.

Dua anggota Parlimen Perancis yang hadir dalam pertemuan dengan Dr Wan Azizah itu ialah anggota parti LaREM, Anne Genetet dan anggota parti UDI Meyer Habib. Mereka disertai tiga lagi pemimpin politik Perancis yang lain.

Industri minyak sawit Malaysia berhadapan kritikan meluas terutamanya dari EU dalam beberapa tahun ini, kerana dikaitkan dengan penebangan hutan yang menjejaskan alam sekita dan ekosistem flora dan  fauna.

Parlimen EU sebelum ini turut meluluskan resolusi memboikot penggunaan produk minyak sawit yang dihasilkan menerusi cara tidak mampan menjelang 2030.

Adalah diharapkan pihak EU mengkaji semula resolusi untuk memboikot minyak kelapa sawit dunia termasuk Malaysia dan Indonesia, kerana berdasarkan kajian kelapa sawit bukanlah faktor utama penebangan hutan dan Malaysia komited dalam melestarikan alam sekitar.

Sumber : Bernama dan Penulis sendiri 



Post a Comment

0 Comments