MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Myvi Genarasi ke 3 2017/2018/2019

Diantara faktor – faktor kenderaan Perodua Myvi Generasi ke 3 (Myvi Gen-3) mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pembeli/pengguna kenderaan di Malaysia:-

1. Rekabentuk Cita Rasa Tempatan

Rekabentuknya disesuaikan dengan cita rasa tempatan, dinamik dan bergaya menarik minat pembeli/pengguna untuk membeli Myvi Gen – 3, seakan-akan bentuk Toyota Corolla IM dan seiras Honda Jazz tetapi berbeza.

Ciri-ciri rekabentuk yang menarik, seolah-olah pemiliknya mempunyai standard tersendiri, menyebabkan semua golongan berkeupayan sehingga golangan pelajar menyukainya dan kita tidak dapat menjangkakan siapa pemilik kenderaan tersebut.

2. Praktikal

Myvi Gen-3 mempunyai ruang di dalam yang praktikal dan luas mewujudkan keselesaan kepada pembeli/pengguna dan penumpang, buktinya wheelbase atau jarak roda lebih panjang.

3. Mudah Dipandu

Kenderaan Myvi Gen-3 menyediakan pemanduan secara manual dan automatik, terpulang kepada pemandu untuk memilih yang mana kesesuian dan keselesaan bagi mereka, bagi mereka yang tinggal di bandar disarankan memilih automatik kerana suasana trafic jam, manakala dikampung amat sesuai manual.

4. Harga Kos Pemilikan

Harga kos pemilikan penyumbang utama kepada kuasa beli pengguna untuk membeli Myvi Gen-3,

Harga Myvi berdasarkan Variant Selection:-

    1. Myvi 1.3L G – Manual
       2. Myvi 1.3L G – Automatik
       3. Myvi 1.3L X – Automatik
       4. Myvi 1.5L H – Automatik
       5. Myvi 1.5L AV– Automatik

Harga paling minum tidak termasuk insuran kenderaan adalah:-

Myvi 1.3L G - Manual
Solid (RM)
Metallic (RM)
Peninsular
42,790.00
42,790.00
East Malaysia ( Sabah )
44,790.00
44,790.00
East Malaysia ( Sarawak )
44,790.00
44,790.00
Labuan
40,693.21
40,693.21
Langkawi
39,343.21
39,343.21

Harga paling maximum tidak termasuk insuran kenderaan adalah:-

Myvi 1.5L AV - Automatic
Solid (RM)
Metallic (RM)
Peninsular
54,090.00
54,090.00
East Malaysia ( Sabah )
56,090.00
56,090.00
East Malaysia ( Sarawak )
56,090.00
56,090.00
Labuan
51,711.33
51,711.33
Langkawi
50,361.33
50,361.33

5. Kos Penyelenggaraan Yang Rendah

Seperti yang kita maklum bahawa Malaysia adalah Negara pengeluar kenderaan Perodua dan pastinya kenderaan yang dibuat juga menempatkan ciri - ciri kos penyelenggaraan yang rendah seperti perkhidmatan service enjin, spare part yang murah dan mudah didapati di bengkel - bengkel kenderaan.

6. Ciri-ciri canggih yang biasanya hanya terdapat pada kenderaan mewah.

Myvi Gen-3 mempunyai ciri-ciri kenderaan mewah , rekabentuknya dinamik dan unik  menggambarkan kemewahan tersebut.


7. Enjin 

Enjin Myvi Gen-3 ini dibangunkan oleh Perodua di kilang Daihatsu Perodua Engine Manufacturing (DPEM)  di Sendayan , Negeri Sembilan, Malaysia.

Enjin tersebut juga jimat minyak.

Bukti Perodua Myvi Gen-3 mendapat permintaan yang tinggi apabila Pengarah Utusan Perodua Sales Dr.  Zahari Husin berkata, sejak pelancaran Myvi Generasi ke 3 pada 2017, lebih daripada 100,000 buah telah diserahkan kepada pengguna yang dihargai.


Sumber: web. Perodua, Utusan Melayu  dan penulis sendiri 

Post a Comment

2 Comments