MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Muhammad Qayyim Nizar Sarimi



Biodata

Nama: Muhammad Qayyim Nizar Sarimi

Tarikh Lahir: 07 September 1998

Tempat Lahir: Ketereh, Kelantan

Muhammad Qayyim Nizar Sarimi berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) membaca Al-Quran braille dan mendapat bimbingan dalam pembacaan Al-Quran melalui Ustaz Yahya Daud, Ustaz Fauzi Awang, Ustaz Abdul Rahim Ahmad, Ustaz Husin Yunus dan menguasai 7 jenis Taranum iaitu Baiyati, Soba, Hijaz, Nahwand, Rast, Sikah dan Jiharkah.

Muhammad Qayyim Nizar Sarimi dijemput oleh Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan semasa penutupan Majlis Penyampaian hadiah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Ankara, Turki pada tahun 2016.


Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Tahfiz, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan

Diploma Tahfiz Al-Quran, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan

SK Kampung Sireh, Kelantan

 

Rancangan TV/Radio

Juri program Akademi Qurra' TV Alhijrah.

Memperdengarkan Azan di stesen radio Kelantan FM dan Klasik Nasional

 

Pencapaian

24 Ogos 2023: Johan Qari Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa 1445H/2023M (MTHQA) Ke-63

Jun 2023: Johan Qari Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444H/2023M (MTHQK)

Feb 2020: Johan Qari Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441H/2020M (MTHQK)

Mac 2019: Tempat Kedua Qari Majlis Tilawah dan MenghafazAl-Quran Peringkat Kebangsaan 1440H/2019M (MTHQK)

April 2017: Tempat Ketiga Qari Majlis Tilawah dan MenghafazAl-Quran Peringkat Kebangsaan 1438H/2017M (MTHQK)

Naib Juara Program Realiti Adik-Adikku Anjuran JAKIM dan RTM

2007: Juara Pertandingan Azan Peringkat Kebangsaan

2006: Juara Pertandingan Azan Peringkat Kebangsaan

Naib Johan Pertandingan Azan Subuh kategori junior bermasalah penglihatan peringkat kebangsaan

 

Sumber: Internet 

Gambar Kredit: @qayyim_nizar

Post a Comment

0 Comments