MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Faktor-Faktor Mempengaruhi Harga Takaful Dan Insurans Kenderaan

 


Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA) adalah agensi yang memainkan peranan penting dalam mencorak industri insurans/takaful Am di Malaysia.

Berikut dikongsikan faktor-faktor mempengaruhi harga takaful (konsep islamik) kenderaan dan insurans kenderaan (konsep konvisional) :-

 

 1. Market Value /Nilai Harga Pasaran Kenderaan 

Kebiasannya kenderaan yang mempunyai nilai harga pasaran yang tinggi maka insurans kenderaan tersebut pastinya mahal sebagai contoh kenderaan Triton harga pasaran di Malaysia di antara RM 100,000 ke atas berbanding dengan Perodua Myvi harga pasaran RM 42,000 ke atas bergantung kepada varian kedua - dua kenderaan di atas. Pastinya harga insuran kenderaan Triton lagi mahal berbanding kenderaan Perodua Myvi.

 

 2. Umur Kenderaan 

Semakin berumur kenderaan tersebut, semakin murah insuransnya, umur kenderaan juga dikaitkan dengan nilai harga pasaran kenderaan tersebut. Kenderaan yang berumur 10 tahun ke atas mempunyai insurans yang lebih murah berbanding kenderaan berumur 10 tahun ke bawah.

 

 3. Plan Perlindungan kenderaan 

Sudah pasti plan perlindungan comprehensive /first party adalah lebih mahal berbanding plan perlindungan third party fire & thief atau third party.

Plan perlindungan asas comprehensive (pemilik kenderaan/pemandu, penumpang & kenderaan) sekiranya pemilik kenderaan bercadang untuk menambah perlindungan ke atas kenderaan tersebut sebagai contoh perlindungan banjir/gempa bumi/atau sebaginya maka insurans kenderaan tersebut akan menjadi mahal lagi.

Plan perlindungan third party fire & thief hanya melindungi kenderaan tersebut dari kecurian dan kebakaran, dan penumpang (nilai tambah dan dikenakan bayaran).

Plan third party tiada perlindumgan diberikan terhadap kenderaan tersebut, hanya melindungi penumpang (nilai tambah dikenakan bayaran), kebiasannya pemilik kenderaan yang mengambil plan third party hanya mahu menghidupkan cukai jalan sahaja bagi membolehkan kenderaan tersebut bergerak di atas jalan raya.

 

4. Non Claim Discount (NCD)  

NCD  kenderaan adalah satu insentif yang diberikan oleh kerajaan,  % NCD setiap tahun akan meningkat bermula dari nilai 0% sehingga maksimum 55%. NCD akan menjadi 0% sekiranya pemilik kenderaan menuntut insurans sekiranya berlaku kemalangan. NCD boleh dipindah kepada kenderaan lain, kerana pemberian/hak milik NCD dipunyai oleh individu bukannya kenderaan.

 

5. Tarikh Takaful/Insurans Diperbaharui

Lazimnya takaful/insurans yang diperbaharui lebih awal sebelum tarikh tamat perlindungan takaful/insurans lebih murah sedikit berbanding setelah tamat tempoh perlindungan.

 

Ada beberapa faktor lagi yang mempengaruhi harga takaful/insurans mungkin tidak dicatatkan dalam ruangan ini. Sekiranya pembaca ada maklumat atau ingin tambah dialu-alukan di dalam ruangan komen.

 

 

 Sumber : Penulis sendiri daripada pengalaman sebagai Ejen Takaful Am / Insurans Am & PIAM

Post a Comment

0 Comments