MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

RICH - Keluarga Malaysia Berpandukan Al-Quran

 


𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐑𝐀𝐇𝐒𝐈𝐀 𝐈𝐍𝐒𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 (𝐑𝐈𝐂𝐇), 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝟒:𝟑𝟎 𝐏𝐀𝐆𝐈, 𝐄𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐘𝐁 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐆𝐀𝐌𝐀


1.  Yayasan Warisan Ummah Ikhlas  bersama TVAlhijrah  dan Sinar Harian, mengajak orang ramai untuk sertai Edisi Khas Rahsia Insan Cemerlang Hidup, (RICH) sebelum Subuh, 18 September 2021, Sabtu ini bermula jam 5 pagi hingga 8 pagi.


2.  Misi perjuangan Tahajud bagi membina kekuatan dalaman dan karakter ummah ini, bermula sejak tahun 2013. Tahun ini, RICH yang diadakan setiap hari Sabtu memasuki siri ke-26 dengan kehadiran orang awam, pemimpin keluarga serta organisasi.



3. Keistimewaan pengisian pada kali ini ialah:


Bermula 4:30 pagi kejutkan ahli keluarga dan sahabat. Tahajud Call.


Jam 5 pagi program bermula di Zoom dan FB LIve Quran Hour, TV AlHijrah dan Sinar. Bacaan Al Quran, Sinopsis Surah Al-Tahrim: 6-8 tentang Masuk Syurga Sekeluarga serta zikir munajat.


Jam 5.30 pagi berhenti sejenak untuk solat malam dan Subuh.


4. Paling Istimewa sesi bersama YB Menteri setelah Subuh bermula jam 6.40 pagi.


Forum khas bertajuk “Keluarga Malaysia berpandukan al-Quran” ini menampilkan:


✳️Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal  Agama), YB Senator Tuan Haji Idris Ahmad akan mengupas tentang Keluarga Malaysia 


✳️Dato' Hussamuddin Hj Yaacub, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas akan bercakap tentang SavingFamilies


✳️Ustadz Bachtiar Nasir, Pembina Yayasan Peradaban Islam, AQL Islamic Center, Indonesia & Penulis Buku Masuk Syurga Sekeluarga akan bercakap tentang Masuk Syurga Sekeluarga.


5. Edisi Khas ini akan disertai oleh para Qari, adik Muhammad Harith Hakimi Mohd Rostan, Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman, Ustaz Ahmad Tirmizi Ali dan Ustaz Mohamad Husaini Mahmur, Hos Hifdzi Zaim Zamri dan Moderator Fazrul Ismail.


6. Orang ramai boleh ikuti RICH yang bermula jam 5 pagi hingga 8 pagi menerusi platform Zoom dan FB live di FB QuranHour, Sinar Harian dan TV AlHijrah. 


Untuk sertai RICH Edisi Khas ini, boleh mendaftar di https://bit.ly/RICHKHAS.




Sumber: @_quranhour


Post a Comment

0 Comments