MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Had Jemaah Solat Jumaat, Solat Fardhu & Aktiviti Keagamaan Di Masjid & Surau Di Wilayah - Wilayah Persekutuan Dalam Tempoh PPN

 


KETETAPAN TERKINI HAD JEMAAH SOLAT JUMAAT, SOLAT FARDU DAN AKTIVITI KEAGAMAAN Dl MASJID DAN SURAU WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA


KUALA LUMPUR, 16 September 2021 - Menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan Peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat ketetapan baharu berhubung had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan di masjid dan surau Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkuat kuasa 17 September 2021 (Jumaat) seperti berikut :


Kawasan Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 (Kuala Lumpur dan Putrajaya)


A.Solat Jumaat


i. Bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 500 orang

ii. Bilangan jemaah di 7 buah Masjid Zon dan Masjid Kariah dibenarkan seramai 250 orang

iii. Bilangan jemaah di Surau Jumaat dibenarkan seramai 150 orang

iv. Bilangan jemaah di Surau Diberi Kebenaran Khas untuk diri Jumaat dibenarkan seramai 100 orang

v. Bilangan jemaah di Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk diri Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dibenarkan seramai 80 orang 

vi. Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu bagi kuliah yang lain dengan penjarakan fizikal 1.5 meter


B.Solat Fardu


i. Bilangan jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan dibenarkan seramai 200 orang

ii. Bilangan jemaah di 7 buah Masjid Zon dan Masjid Kariah dibenarkan seramai 100 orang

iii. Bilangan jemaah di Surau Jumaat dibenarkan seramai 50 orang

iv. Bilangan jemaah di Surau Diberi Kebenaran Khas untuk diri Jumaat dibenarkan seramai 50 orang

v. Bilangan jemaah di Surau Jumaat dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk diri Jumaat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta semua surau dibenarkan seramai 40 orang 


Kawasan Pelan Pemulihan Negara Fasa 4 (Labuan)


i. Bilangan jemaah bagi solat Jumaat di semua Masjid Zon, Masjid Kariah, Surau Jumaat, dan Surau Diberi Kebenaran Khas untuk diri Jumaat dibenarkan separuh kapasiti sebenar, manakala bilangan jemaah bagi solat fardu di semua masjid dan surau dibenarkan mengikut keluasan dewan solat utama

ii. Kuliah dan tazkirah dibenarkan dengan kehadiran tidak melebihi bilangan jemaah solat Jumaat bagi tazkirah sebelum solat Jumaat dan tidak melebihi jemaah solat fardu bagi kuliah yang lain dengan penjarakan fizikal 1.5 meter


Semua ketetapan tersebut adalah tertakluk kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan. Semoga umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak Covid-19 segera berakhir.


Sekian, terima kasih.


Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail

Pengarah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

16 September 2021


Pelaksanaan Panduan Menziarahi Tanah Perkuburan Islam Wilayah Persekutuan Dalam Tempoh PPN Fasa 2

Post a Comment

0 Comments