MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hak & Tanggungjawab Kepada Jiran Tetangga

 



Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada bahasa Arab yang membawa pengertian orang yang tinggal bersebelahan atau tetangga.


Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah s.a.w iaitu :


Maksudnya : “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.


Berdasarkan kepada hadith Rasulullah s.a.w menunjukkan bahawa walaupun jarak daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Menurut Ali Ibn Talhah daripada Ibnu Abbas, jiran membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan rumah yang dihuni oleh kita.


Berikut di bawah dikongsikan beberapa hak dan tanggungjawab kepada jiran tetangga antaranya ialah:-


1. Memberi salam apabila bertemu.

2. Memaafkan kesilapannya.

3. Menutup dan tidak mencari aibnya.

4. Membantu apabila perlu.

5. Memerhatikan rumah apabila ketiadaanya.

6. Menziarahi dan mendoakan ketika sakit.

7. Tidak bertanya perkara sensitif.

8. Tidak memanjangkan bicara apabila berkungjung ke rumah. 


Namun dalam situasi pandemik Covid-19 ini, elakkan berkungjung  ke rumah jiran kecuali atas keperluan yang sangat-sangat perlu seperti memberi pertolongan/bantuan berupa makanan atau pun seumpamanya.


Sumber/Kredit: JAKIM & ciptaan-mulia.blogspot.com


Post a Comment

0 Comments