MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Bantuan Kewangan Khas OKU PEMULIH

 


Bantuan Kewangan Khas OKU PEMULIH (Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi)


Bantuan ini merupakan bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan bagi membantu individu OKU (Bukan Penerima Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)) yang terkesan akibat pandemik Covid-19.


Syarat Kelayakan

1. OKU yang berdaftar dengan JKM

2. OKU yang berumur 16 tahun ke atas dan bekerja

3. OKU bukan penerima Bantuan Bulanan JKM

4. Pekerja OKU yang terkesan kerana diberhentikan kerja, dibayar separuh gaji/diarah bercuti tanpa dibayar gaji atau bekerja sendiri 

5. OKU yang bukan kakitangan kerajaan 


Kaedah Permohonan

1. Isi borang Permohonan Bantuan Kewangan Khas OKU (Pakej PEMULIH) melalui google form di Portal Rasmi www.jkm.gov.my


2. Permohonan secara mengisi borang yang boleh dimuat turun daripada laman Portal Rasmi www jkm.gov.my dan dihantar ke PKMD / dimasukkan dalam dropbox yang disediakan atau menghantar semua dokumen dalam bentuk PDF ke alamat emel bantuanokupemulih@jkm.gov.my 


3. Permohonan secara mengisi borang dan dihantar kepada pihak NGO untuk diserah kepada pihak PKMD atau menghantar semua dokumen dalam bentuk PDF ke alamat emel bantuanokupemulih@jkm.gov.my


Kadar Bantuan

RM500 seorang setiap bulan selama tempoh 3 bulan 


Tempoh Permohonan

19 Julai 2021 sehingga 6 Ogos 2021


Untuk maklumat lajut layari www.jkm.gov.my 


Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)


Post a Comment

0 Comments