Berikut dikongsikan beberapa pokok hiasan beracun dan elakkan tanam Di kawasan rumah untuk keselamatan bersama.
1. Diffenbachia
Digunakan pada mata anak panah untuk aktiviti pemburuan di Amazon. Getah dan daun mengandungi Calcium Oxalate boleh menyebabkan kegatalan, kekejangan bibir dan lidah. Selain itu pokok ini boleh menyebabkan masalah buah pinggang, gastrik dan masalah saluran darah
2. Pokok Duit-duit
Boleh menyebabkan kegatalan terutama pada kulit sensitif. Ianya juga mengandungi racun pada bahagian tertentu pokok
3. Caladium Dwiwarna
Mengandungi racun Calcium oxalate dan asparagine. Jika termakan dan tergigit boleh menyebabkan mulut dan tekak melecur. Selain itu boleh menyebabkan cirit birit, mata kemerahan, lidah menggelembung dan sebagainya.
4. Nerium Oleander
Nampak cantik tapi sangat bahaya pada kanak-kanak dan haiwan perliharaan. Gentahnya memiliki racun berbahaya yang boleh mengancam nyawa jika terhisap/terminum
5. Anthurium
Mengandungi racun Calcium oxalate. Jika terdedah pada racun ini boleh menyebabkan kematian dan menyebabkan masalah pernafasan.
5. Zamioculcas Zamifolia
Seluruh bahagian pokok mengandungi racun. Oleh itu sangat bahaya haiwan perliharaan dan kanak-kanak. Untuk memegangnya haruslah memakai sarung tangan
(TheAsianParent)
0 Comments