MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Syafakallah Kepada Pelajar As-Sofa (STIAS)

 


22 OKT 2020 - Seperti yang sedang tular di media sosial sekarang, salah satu institusi pendidikan As-Sofa, Sekolah Tinggi Islam As-Sofa (STIAS) Senawang telah diuji apabila seramai 33 orang pelajarnya disahkan positif Covid-19 semalam.


Keputusan tersebut diperolehi hasil daripada ujian saringan yang telah dibuat terhadap seluruh warga kerja dan pelajar di STIAS Senawang berikutan daripada salah seorang pelajarnya yang didapati positif Covid-19. Pihak pengurusan sekolah telah mengambil tindakan pantas kuarantin kendiri dengan tidak membenarkan warganya keluar daripada kawasan sekolah dan tidak membenarkan sesiapa untuk masuk ke kawasan sekolah sebaik sahaja mengetahui ada pelajarnya yang positif Covid-19.


Kesemua 33 orang pelajar tersebut telahpun dibawa ke pusat kuarantin khas oleh pihak KKM, sementara baki pelajar dan warga kerja yang masih belum mendapat keputusan juga sedang menjalani kuarantin sementara menunggu keputusan ujian daripada pihak KKM.


Untuk makluman juga, seluruh kawasan sekolah STIAS Senawang telah disanitasi dan kini sudahpun ditutup dan dikosongkan sepenuhnya.


Yayasan Sofa memohon seluruh umat Islam untuk mendoakan kesejahteraan seluruh warga STIAS Senawang secara khususnya, dan kesejahteraan seluruh umat secara umumnya daripada ujian wabak Covid-19 yang sedang melanda ini. Sesungguhnya, Allah adalah Tuhan Yang Maha Menyembuhkan dan hanya kepada-Nya lah tempat kita menyandarkan harapan.


Abdullah Abdol Razak

Pengerusi Pengelola STIAS Senawang


Sumber: NegeriSembilanKiNi


Semoga diberikan syafakallah dan selamat serta sejahtera. Aamiin ya Allah.


اَللَّهُمَّ أَحْسِنْ عَاقِبَتَنَا فِي الْأُمُوْرِ كُلِّهَا وأَجِرْنَا مِنْ خِزْيِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْآخِرَةِ


“Ya Allah, jadikan segala urusan kami berakhir dengan baik. Dan lindungi kami dari bencana dunia dan azab Akhirat.” 



Post a Comment

0 Comments