MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pelanjutan e-Census Sehingga Disember 2020



Jabatan Perangkaan Malaysia melanjutkan tempoh Banci Dalam Talian bagi mengisi Banci Malaysia 2020 secara e-census. Fasa 1 kini telah dibuka semula sehingga 21 Disember 2020. Layari https://ecensus.mycensus.gov.my/landing


Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 adalah projek banci yang akan dijalankan di semua kawasan perumahan dan kediaman di seluruh Malaysia pada tahun 2020. 


Objektif pelaksanaan banci adalah untuk mengumpul stok dan profil penduduk dan perumahan yang komprehensif dan terperinci sehingga ke peringkat geografi terkecil sebagai penanda aras bagi ciri-ciri demografi dan sosio-ekonomi penduduk. Data banci yang terkini dan komprehensif akan menjadi sumber utama dan penting dalam penyediaan rancangan pembangunan Negara. 


Sumber: www.mycensus.gov.my


Post a Comment

0 Comments