MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Biodata Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri

 

 


 

Biodata

Nama: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri

Tarikh Lahir: 16 januari 1969

Tempat Lahir: Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu

Adik Beradik : Anak yang ke-3 daripada 10 orang adik-beradik

Dibesarkan    dalam  keluarga  yang  kuat  didikan Agama Islam yang taat pada perintah Allah dan Rasul-Nya. Sifat dan sikap yang lahir dari beliau merupakan hasil dari pengamalan ilmu yang beliau belajar.

 

Pendidikan

Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu

Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982-1984)

Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985-1988)

Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989-1993)

Ijazah Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin

Doktor Falsafah (Ph.D) Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa, Universiti Sains Malaysia (2002-2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman. Tajuk kajiannya adalah Institusi Mufti Dan Fatwa: Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan

Berikut diantara Senarai Nama Guru-Guru Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri:

 

Syeikh Muhammad Ali al-Thani (Imam Masjid Nabawi)

Syeikh Abd al-Muhsinbin Hamadal-Abbad

Syeikh Rusdi Bin Salim Qalam (Imam Masjid Abdullah Bin Rawahah, Damsyik, Syria)

Syeikh Dr. Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Al-Shanqiti, (Mantan Pensyarah Universiti Islam Madinah dan Lajnah Kibar Ulama; Saudi)

Syeikh Sadiq Habannakah

Syeikh Al-Muhaddith Abdul Qadir Al-Arnaut

Syeikh Prof. Dr. Muhammad Abd Latif Soleh Al-Farfour (Ahli Majlis Mujamma & Al-Fiqh, Rabitah Al-`Alami Al-Islami)

Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin

Syeikh Prof. Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Bouti

Syeikh Prof. Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhayli

Kepakaran Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri adalah dalam Fiqh, Usul Fiqh, Fatwa, Tasawwuf, Fiqh Semasa (Kontemporari) dan Hadits.

 

Perkahwinan

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Dr. Shereen Binti Mohd Yunos

Jawatan Isteri/Pasangan: Pegawai Perubatan (Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan)

Hasil perkahwinan mempunyai 5 cahaya mata iaitu:


1.       Muhammad Hasanain bin Zulkifli (1998)
2.       Hammad bin Zulkifli (2000) - Meninggal dunia pada 2 Oktober 2022
3.       Sofia binti  Zulkifli (2002)
4.       Abdul Syakur  bin Zulkifli (2005)
5.       Istisyhad  binti  Zulkifli (2012)

 

Beliau  membesarkan  zuriat-zuriatnya dengan suasana Islam dan amat  menitik beratkan soal pendidikan ilmu-ilmu agama. (Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 2014)

 

Kerjaya

Pensyarah Kanan Kolej UNITI, Port Dickson (1997–2006)

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (2006 – 2008)

Penulis dan pendakwah bebas

Mufti Wilayah Persekutuan dengan gelaran “Sahibus Samahah” (23 Jun 2014 – 8 Mac 2020)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) (10 Mac 2020 sehingga kini)

 

Ahli Majlis/Jawatankuasa Keagamaan

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (1 Disember 2021 - 30 November 2024)

Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (2000 – 2010)

Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu (2005 – 2014)

Anggota Lajnah Tashih Tafsir Pedoman Muttaqin (2007)

Pengerusi Penyediaan Modul Asas Pengurusan Fatwa, JAKIM (2008)

Ahli Panel Kajian Akidah dan Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)

Anggota Pasukan Penyemakan Tafsir Pedoman Muttaqin dan Majlis Perbincangan. (April 2008)

Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan

Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Ahli Jawatankuasa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Ahli Jawatankuasa Tatatertib Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Panel Penyelidik Pusat Zakat Negeri Sembilan. (April 2008)

Panel Penapis Filem dan Drama Berunsur Islam. Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran JAKIM. (2008)

Panel Penerbitan Buku Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (2009)

Ahli Panel Forum Perdana. Konsep Ilmu Dalam Pembangunan Aqidah. Konvensyen Modal Insan Peringkat Luar Bandar (KPLB) (2009)

Ahli Panel Kajian Akidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. (April 2008 - April 2011)

Panel Kajian Syariah, JAKIM (2011)

Panel Temuduga Guru Agama Ke Tanah Suci Musim Haji 1431 H /(2010)

Pengerusi Penggubalan Modul Fatwa JAKIM (Oktober 2012)

Panel Pakar Syariah, JAKIM (2013)

Panel Syariah WAKAF Selangor Muamalat (Oktober 2012-Jun 2014)

Ahli Majlis Dakwah Negara (MDN) 2014/2016 oleh Yayasan Dakwah Islamiyyah Malaysia (YADIM)

Penulis Tamu JAKIM sejak (2006)

Panel Penasihat Syariah TV al-Hijrah (2017 – 2019)

Penasihat Persatuan Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia Darussiyifa’ (bermula 2017)

Panel Pemikir Pengurusan Islam Manhaj Malaysia, JAKIM (bermula 2018)

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji Tabung Haji, (sehingga November 2018)

Ahli Panel Kajian Akidah dan Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)

Pengerusi, Jawatankuasa Penemuduga Tauliah Mengajar dan Ceramah Agama di Wilayah Persekutuan

Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan

Pengerusi Jawatankuasa Taqwim dan Melihat Anak Bulan

Pengerusi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam

Pengerusi Jawatankuasa Wakaf, Pusaka, Wasiat dan Sumber Am MAIWP (JKWSA)

Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Syarikat Milik MAIWP

Ahli Jawatankuasa Wakaf, Pusaka, Wasiat dan Sumber Am MAIWP

Penasihat berkenaan dengan Hukum-Hukum Syarak kepada: Kerajaan, Badan-Badan Berkanun/Agensi Kerajaan & Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Ahli Lembaga Pengawalan dan Perlesenan Pencetakan Al-Qur’an (LPPPQ), Kementerian Dalam Negeri

Felo Dakwah YADIM

Panel Penasihat Skuad An-Nur

Panel Syariah (Khas) Tabung Ibadah Qurban YaPEIM

Pengasas kepada Pondok Moden al-‘Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

 

Ahli Majlis/Jawatankuasa Perbankan/Ekonomi

Pengerusi Panel Syariah, Bank Pertanian Malaysia (2006- 2008)

Ahli Jawatankuasa Malaysian Financial Planning Council MFPC (2008)

Panel Syariah Bank Muamalat Malaysia (April 2011)

Shariah Advisory Council, Bank Negara (2016 – 2019)

Panel Penasihat Fakulti Syariah Dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia, USIM (bermula 2013)

Ahli ISRA (International Shari’ah Research Academy for  Islamic Finance) Council of Scholars

Anggota The Assembly Of Muslim Jurists Of America (AMJA) 2021.


Ahli Majlis/Jawatankuasa Pendidikan/Pelajaran Sekolah/Kolej/Universiti/Institusi

Pakar Rujuk Mustolah Hadith dan Hadith, (STAM) (2002)

Ahli Jawatankuasa Kawalan Mutu, Tasawuf Islam Tingkatan Lima (2003)

Panel Penilai Jawatankuasa AD-HOC Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA Bagi Penilaian Pengiktirafan Program Ijazah Sarjana Muda Program Ijazah Sarjana Muda Syariah Dari Universiti Malaya (UM) (2007)

Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency MQA) (2007)

Penasihat Akademik dalam Bengkel Penyelarasan dan Pemurnian Program Sarjana Syariah (Pengurusan). Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). (Oktober 2008)

Penulis Karya Tokoh-tokoh Islam DBP. (2008)

Karyawan Tamu INFAD USIM. (2013 - Ogos 2014)

Panel Penasihat Syariah Syembara Penulisan Kreatif

(Cerpen Berunsur Islam) Peringkat Kebangsaan Sempena Sambutan Maulidur Rasul Kementerian Pendidikan Malaysia 1435H. (2014)

Ahli Jawatankuasa Panel Syarie Tabung Wakaf Universiti Islam Malaysia

Penyelia Bersama Untuk Pelajar Ijazah Doktor Falsafah (UTM)

 

Anugerah

Jun 2022: Alumni Perintis Universiti Islam Madinah

Anugerah Tokoh Penulis Islam: Sempena Pesta Buku Antarabangsa Kelantan Kali Kedua. (2010)

Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H/ 2012M

Anugerah Tokoh Ilmuan Negeri Selangor. 1433 H/2012M. Masjid Sultan Salehudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1435H Peringkat Negeri Terengganu. Dewan Besar, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, Terengganu, (November 2013)

Anugerah Pingat Mahkota Wilayah (PMW) pada 1 Februari 2015 sempena Hari Wilayah Persekutuan yang membawa gelaran Datuk

 

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri banyak mengadakan pelbagai program mendekatkan institusi fatwa dengan masyarakat dengan memasuki pelbagai ruang dan peluang bagi mendekati masyarakat antaranya melalui penulisan, menyampai kuliah, ceramah menggunakan medium televisyen, Facebook Mufti Wilayah Persekutuan, Program Irsyad Fatwa di laman web Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (www.muftiwp.gov.my), program Cinta Ilmu di TV Al-Hijrah, program pengajian, ceramah dan sebagainya

 

Sumber/Kredit : Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri & Internet

 

Berkaitan: Biodata Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali

Berkaitan: Biodata Nor Farhatul Fairuzah Panut 

Berkaitan: Biodata Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir

Post a Comment

1 Comments

  1. DATUK YIP KUM FOOK叶金福 ruined Buddhist monks in Malaysia for kicking monks from Buddhist temple, Taman Desa Jaya, Kepong but he will accept his karma in the future, his life will collapse soon

    He is one of the Mara to disturbed Buddhist monks, all the monks come to practice Dhamma in the Temple, and you (DATUK YIP KUM FOOK叶金福) is the president of the temple, why do not you understand the Buddha's teachings. People donate some money to build a temple for the Buddhist monks to practice meditation, not for you to play politics in the temple

    Now will everyone know about you, you are destroying and harassing Buddhist monks, you will embarrass from your MCA, bar association, Buddhist association, friends and so on

    We know the SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE (吉隆坡甲洞帝沙再也三宝), is very good with the foundation monks but the committee members are very proud of themselves

    Buddhist Kepong group(Brother Yap)

    ReplyDelete