MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Amalan Agar Doa Dikabulkan

 



 

1. MENJAGA SOLAT FARDHU 5 WAKTU SEHARI SEMALAM

 

وَاسْتَعِينُواْ بِالصَّبْرِ وَالصَّلاَةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلاَّ عَلَى الْخَاشِعِينَ

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

(Surah Al-Baqarah, ayat 45)

 

قَدۡ اَفۡلَحَ الۡمُؤۡمِنُوۡنَۙ الَّذِيۡنَ هُمۡ فِىۡ صَلَاتِهِمۡ خَاشِعُوۡنَ

 “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”

(Surah Al-Mukminun, ayat 1-2)

 

عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ غَنَّامٍ عَنْ عَمَّتِهِ أُمِّ فَرْوَةَ وَكَانَتْ مِمَّنْ بَايَعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ لِأَوَّلِ وَقْتِهَا

Dari Al Qasim bin Ghannam dari bibinya Ummu Farwah dan dia termasuk orang yang ikut serta berbaiah kepada Nabi SAW bahwasanya ia berkata; “Nabi SAW pernah ditanya, “Amalan apakah yang paling utama?” baginda menjawab: “Solat pada awal waktu.”

[HR. Tirmidzi No: 155].

Sekiranya mempunyai kekuatan dan kelapangan perbanyakkanlah solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu atau pun solat sunat yang lain seperti solat sunat Dhuha dan seumpamanya.

Untuk mengetahui antara kelebihan solat berjemaah boleh klik pautan Kelebihan solat berjemaah 


2. SEDEKAH/ SADAQAH

 

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١﴾ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُونَ مَا أَنفَقُوا مَنًّا وَلَا أَذًى ۙ لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita."

(Surah Al-Baqarah: 261-262)

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu berbahaya di jalanan adalah sedekah."

(Hadis Riwayat Bukhari)

Kelebihan sedekah


3. BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA

Ibu bapa adalah warisan zuriat yang membawa kepada lahirnya kita ke dunia dan sebab itu agama Islam meletakkan ibu bapa di tempat yang tinggi dalam hubungan kekeluargaan bahkan digandingkan dengan perintah mentauhidkan Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada kedua-duanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan kamu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”

(Surah Al-Isra’ 17:23)

Hadith berikut pula jelas menunjukkan betapa tingginya kedudukan yang diberikan Islam kepada ibu bapa.

Hadith tersebut bermaksud:

Amal perbuatan yang amat disukai Allah swt ialah solat (yang tepat) pada waktunya, berbakti kepada orang tua dan berjihad pada jalan Allah.

[HR: Imam Bukhari dan Muslim]

 

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda bermaksud:

Keredaan Allah bergantung kepada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan ibu bapa.

[HR: Imam Tarmizi]

Dari itu hormatilah ibu bapa sepanjang hayat di kandung badan. Lakukanlah perbuatan yang menyenangkan hati mereka semasa mereka masih hidup dan berdoalah kepada mereka setelah mereka meninggal dunia. Moga-moga dengan berbuat demikian hidup kita akan diberkati dan dirahmati Allah dan kita menjadi manusia yang berbahagia di dunia dan di akhirat. Insya Allah.

 

4. MENDOAKAN ORANG SEKELILING

Daripada Abu Darda’, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Doa seorang Muslim kepada saudara Muslimnya secara ghaib (tanpa pengetahuan saudaranya) adalah mustajab (diterima), di sisi kepalanya malaikat yang diutus Allah setiap kali dia mendoakan saudara Muslimnya dengan doa yang baik dan berkatalah malaikat itu, amin! engkau juga beroleh manfaat yang sama.”

[HR.Muslim]

Dalam riwayat lain, Ad Dailami menyatakan doa seseorang atas saudaranya yang tanpa diketahui adalah paling cepat diterima Allah. Hal ini menunjukkan Islam mengajarkan umatnya untuk selalu memupuk kasih sayang.

 

Hal ini sebagaimana hadis Rasulullah Muhammad SAW yang diriwayatkan Imam Ahmad.

 

Orang-orang yang penyayang akan disayangi pula oleh Ar Rahman (Allah). Maka sayangilah penduduk bumi niscaya penghuni langit akan menyayangi kalian.

 

Mendoakan kebaikan orang lain tidaklah merugikan. Sebab, doa tersebut boleh menjadi asbab dipercepatkan terkabulnya doa untuk diri sendiri. Kebaikan yang didoakan boleh dan akan berbalik kepada kita sendiri.

 

5. SOLAT SUNAT DHUHA SETIAP HARI

Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Solat Dhuha itu adalah ( solatul awwabin ) solat orang yang kembali kepada Allah, setelah orang mulai lupa dan sibuk bekerja, iaitu pada waktu anak-anak unta mula bangun kerana mulai panas tempat pembaringannya.”

[HR. Muslim ]

Solat sunat Dhuha dilakukan di waktu pagi dan terdapat banyak kelebihannya, Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha adalah di antara amalan yang menjemput rezeki.

 

 6. MEMBACA AL-QURAN SETIAP HARI 

Kelebihan Al-Quran yang paling besar untuk sekalian makhluk ia tidak akan hilang dan berubah sehingga akhir zaman. Tidak seperti kitab-kitab lain yang telah diubah oleh tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Seperti kitab Zabur, Taurat dan Injil yang diturunkan untuk Nabi-nabi terdahulu.

Allah s.w.t. berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. 

(Surah Al-Hijr, ayat 9)

 

Daripada Umar Bin Al-Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”.  

(Hadith Umar bin Al-Khattab ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim)

 Jelas di sini Allah mengangkat martabat orang yag membaca Al-Quran & apabila ia berdoa untuk kebaikan Allah akan memandang permintaanya ia ni doanya. Kelebihan Membaca Al-Quran

 

Sumber : Penulis & media agama dan sosial



Post a Comment

0 Comments