MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

15 Kelebihan Solat Sunat Dhuha



Solat sunat dhuha adalah solat yang ditunaikan setelah naik matahari pada waktu pagi,  iaitu sekitar pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari, iaitu sebelum tiba waktu zuhur.

Dalam waktu dhuha ini,  kebanyakan orang berada dalam kesibukan duniawi, ada yang sedang bekerja, melakukan rutin harian dan sebagainya, maka dengan itulah Allah SWT menjanjikan nikmat dan pulangan yang cukup besar bagi sesiapa yang merebut masa ini untuk mendirikan solat sunat dhuha.

Allah bukan sahaja menyayangi sesiapa yang melazimi dhuha, bahkan sentiasa mencukupkan rezekinya dengan berlipat kali ganda. Maka rugilah sesiapa yang sengaja melepaskan keistimewaan ini.

Selain itu, terdapat banyak lagi nikmat dan kelebihan dalam menunaikan solat sunat dhuha, antaranya;


1. Disukai Allah SWT

Allah sangat menyukai golongan hambaNya yang mengerjakan solat dhuha, walaupun hanyalah dua rakaat sahaja tetapi ianya ibadah yang membuatkan pelakunya sentiasa disayangi oleh Allah SWT.

“Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit.”

(Hadis Riwayat Muslim)


2. Sebagai Sedekah Yang Tak Disedari

Daripada Abi Zar r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka setiap tasbih (Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat dhuha.”

(Hadis Riwayat Muslim)

Ini bermakna, setiap  bacaan dan tindakan dalam solat dhuha dianggap sebagai sedekah. Dengan bersolat dua rakaat sahaja kita sudah turut sama mendapat pahala bersedekah, baiknya Allah.


3. Memberi Kesihatan Yang Baik

Umum sedia tahu bahawa perbuatan solat adalah senaman yang baik untuk menyihatkan tubuh badan manusia. Setiap pergerakan seperti rukuk dan sujud mempunyai fungsi masing-masing, contohnya dapat meregangkan otot.

Lalu jika dengan banyak mendirikan solat sunat juga bermna telah menambah gerakan senaman secara tidak langsung. Bukan sahaja kesihatan fizikal, solat juga memberi kesihatan kepada mentaliti, iaitu ketenangan jiwa dan fikiran.

 
4. Ganjaran Pahala Berlipat Ganda

Pahala dalam menunaikan solat sunat adalah sangat besar, apatah lagi solat sunat yang sangat disukai oleh Allah SWT.  


5. Diampunkan Kesalahan dan Dosa

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang dhuhaNya, nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

(Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)

Ini bermakna, dosa yang paling besar juga dapat diampunkan asbab dengan mendirikan solat dhuha, selain dapat menutup dosa-dosa kecil, dosa besar termasuklah dosa terdahulu.


6. Disiapkan Rumah di Syurga

Sabda Nabi SAW;

“Barangsiapa yang solat dhuha sebanyak empat rakaat dan empat rakaat sebelumnya, maka ia akan dibangunkan sebuah rumah di syurga.”

(al-Jami’: 634)

Beruntunglah sesiapa yang melazimi harinya dengan mendirikan solat ini, kerana Allah SWT  telah berjanji untuk membangunkan sebuah mahligai di syurga untuknya kelak.


7. Dicukupkan Rezeki Setiap Hari

Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, 

“Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”

(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Rezeki akan sentiasa dicukupkan oleh Allah pada hari itu dan seterusnya, seperti yang sering dikatakan umum bahawa solat dhuha adalah solat pembuka pintu rezeki.

Bahkan Allah akan menurunkan rezeki yang tidak disangka-sangka, bukan dari bentuk makanan sahaja, tetapi tubuh badan yang sihat, anak-anak yang soleh dan bijak, keluarga yang bahagia, bidang pekerjaan yang baik dan sebagainya.


8. Mendapat Keuntungan yang Besar

Rasulullah SAW bersabda;

“Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”

(Sahih al-Targhib : 666)

Begitu Allah memberi keuntungan yang besar kepada mereka yang mengamalkan solat dhuha. Namun begitu, kusyuk dan fokus dalam melazimi solat suant dhuha tanpa hanya  memikirnya rezeki harta semata-mata tetapi ekuntungan rezeki yang lain, seperti kesihatan.

 
9. Mendapat Pahala Umpama Menunaikan Umrah

Daripada Abu Umamah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda,

“Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti seorang yang melaksanakan haji. Barangsiapa yang keluar untuk melaksanakan solat Dhuha, maka pahalanya seperti orang yang melaksanakan umrah.”

(Sahih al-Targhib: 673)

Bayangkanlah pahala mengerjakan umrah boleh diperoleh dengan mendirikan solat dhuha yang boleh didirikan dengan dua rakaat itu, begitu Allah menganugerahkan ganjaran yang benar-benar istimewa  untuk hambaNya. Dan sepatutnya kita tak punya alasan lagi untuk tidak melazimi solat sunat ini. Sungguh Allah SWT maha pemberi rahmat.

 
10. Menenangkan Hati

Kelebihan solat dhuha setiap hari menjadikan jiwa dan hati anda lebih tenang. Segala kerisauan dan gundah gulana akan hilang, seterusnya menjadikan kehidupan lebih terurus dan tersusun.

 
11.  Urusan Menjadi  Lebih Mudah

Setiap urusan yang dilakukan akan mendapat keberkatan dari Allah SWT,  mudah dan lancar. Kelebihan solat dhuha pada waktu pagi banyak membantu seseorang itu untuk menjadikan kehidupan yang berjaya sepanjang hari.


Di antara keutamaan Shalat Dhuha, bisa mempermudah urusan setiap muslim sebagaimana pelajaran dari hadits dari Nu’aim bin Hammar Al-Ghothofaniy, beliau mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Allah Ta’ala berfirman: Wahai anak Adam, janganlah engkau tinggalkan empat raka’at shalat di awal siang (di waktu Dhuha). Maka itu akan mencukupimu di akhir siang.” (HR. Ahmad, 5:286; Abu Daud, no. 1289, Tirmidzi, no. 475; Ad-Darimi, no. 1451. Syaikh Al-Albani dan Syaikh Syu’aib Al-Arnauth mengatakan bahwa hadits ini shahih.)


12. Masuk Syurga Dari Pintu Istimewa

Golongan yang melazimi solat sunat ini akan dapat masuk syurga melalui pintu khas iaitu pintu dhuha. Ia menunjukkan golongan ini mendapat keistimewaan tersendiri yang tidak dimiliki oleh semua orang.

“Sesungguhnya dalam syurga, terdapat sebuah pintu bernama pintu dhuha. Apabila kiamat telah tiba, maka akan ada suara yang berseru:”

“Dimanakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan solat dhuha? Ini adalah pintu buat kalian, masuklah dengan rahmat Allah SWT.”

(Hadis Riwayat at-Thabrani)


13. Menarik Minda dan Aura Positif

Perasan atau tidak golongan yang kerap mendirikan solat sunat dhuha lebih positif, bersikap tenang, serta lebih yakin dengan apa-apa yang dijalaninya. Ini kerana apabila mendekatkan diri dengan Allah SWT keyakinannya hanyalah padaNya sahaja, bahkan meletakkan segala sangka baik kepadaNya.

Golongan yang melazimi dhuha juga lebih disenangi dan didekati oleh sesama manusia, bukan Allah SWT sahaja.


14. Doa Mudah Dimakbulkan

Doa golongan yang mendirikan solat dhuha mudah dimakbulkan oleh Allah SWT. Jadi berdoalah berseungguh-sungguh kepada Allah SWT agar mengurniakan apa-apa yang dinginkan.


15. Amalan Paling Mudah Dilakukan

Solat sunat dhuha adalah antara amalan ibadah yang mudah dilakukan tetapi ganjarannya besar. Ini bermaksud solat ini didirikan dengan dua rakaat dan waktunya pada siang hari, berbanding dengan solat di tengah malam yang agak berat dilakukan bagi sesetengah orang.

Itulah 15 kelebihan solat dhuha yang ramai masih belum ketahui. Walaupun hanyalah solat sunat tetapi keistimewaan dan ganjarannya sangatlah besar yang akan dapat membantu menambah pahala kebaikan dalam hidup seseorang. Semoga kita semua lebih melazimi solat dhuha selepas ini serta menghayati kelebihannya. Amin…


Kridet: www.bidadari.my 
Infografik : izulislam.com




Post a Comment

0 Comments