MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Susu Ibu Vs Susu Lembu



Mengapakah SUSU IBU adalah susu yang TERBAIK untuk BAYI?

Mengapa bayi yang minum susu ibu seperti cepat lapar dan kerap minum susu? Protein dalam susu ibu dan susu lembu mempunyai perbezaan dari segi kualiti dan komposisi. 

Susu ibu mengandungi lebih bnyk protein whey, iaitu sejenis protein yg bersifat anti-jangkitan & mudah dihadamkan.

Manakala, susu lembu mengandungi 80% pepejal susu atau lebih dikenali sbgai protein kasein. Kasein membntuk dadih (curd) yg pejal & sukar dihadam dalam perut bayi.

Bayi yang diberi susu gantian mungkin akan mengalami keadaan tidak toleran terhadap protein (protein intolerance) daripada susu haiwan. Mereka mungkin mengalami diarrhea, sakit abdomen, ruam dan simptom lain apabila diberi susu haiwan kerana kandungan protein kasein yang tinggi.

Selain itu kandungan protein whey dan vitamin C yang lebih tinggi berbanding susu lembu membantu meningkatkan tahap penyerapan zat besi daripada makanan bagi bayi yang berumur 6 bulan ke atas.

Sumber: @BhgPemakananKKM


Post a Comment

0 Comments