MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Memberi Salam Kepada Kanak-kanak




Daripada Anas RA, satu ketika dia berjalan melalui kumpulan Kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan dia berkata:

"Bahawa Rasulullah SAW sentiasa lakukan seperti yang aku lakukan ini (iaitu memberi salam kepada kanak-kanak)."

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith:

Islam tidak membataskan umatnya membuat kebaikan sekalipun kepada kanak-kanak seperti memberi salam kepada mereka yang mana amalan ini merupakan sunnah Rasulullah SAW yang patut diikuti oleh umat Islam.

Sunat memberi salam kepada kanak-kanak untuk mengajar mereka kelebihan salam, mendidik mereka dan membaikkan hati mereka. Kanak-kanak merupakan sebahagian anggota masyarakat yang perlu kepada didikan yang secukupnya untuk membantu mereka menjadi orang yang berguna kepada ibu bapa, masyarakat, agama dan negara.

Sumber: www.kuiscell.com


Post a Comment

0 Comments