MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Halal Produk Sos Sardin Edaran Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)



Penjelasan Isu Status Halal Produk Sos Sardin Edaran Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK)

1️⃣ Akhir-akhir ini kami kerap menerima pertanyaan mengenai produk sardin yang tertera "Edaran Lembaga Zakat Negeri Kedah" (LZNK)". 

2️⃣ Pertanyaan yang diajukan adalah sejauhmanakah produk terbabit mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM)? 

3️⃣ Untuk makluman, produk sos sardin berkenaan telah dikilangkan oleh syarikat Che Din Food Industries yang merupakan pemegang SPHM yang sah. 

4️⃣ Justeru, masyarakat pengguna dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menularkan sebarang berita berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.

5️⃣ Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di  www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi  telefon pintar SmartHalal (http://www.smarthalal.com.my/faq.html) 

6️⃣ Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular dan muat turun senarai penuh logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di http://bit.ly/DownloadPDFLogoHalalLuarNegara

Terima kasih.

"Yakini Halal Malaysia"

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 pr_halal.islam@1govuc.gov.my
☎ 03-8892 5000/1
09 Zulkaedah 1441 H
01 Julai 2020 M

#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#HalalConnectingTheWorld
#Musa'adahCovid19
#AgainstCovid19

Post a Comment

0 Comments