MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Internet Percuma 1GB - Penjana




Selaras dgan rancangan pemulihan jangka pendek kjaan, MCMC bersama pembekal perkhidmatan mudah alih utama terus menyokong keperluan bekerja & belajar dr rumah dgan melanjutkan kemudahan 1GB Harian Internet Produktiviti secara percuma utk tempoh 24 jam bermula 1 Jul- 31 Dis 2020. 

Pengendali telekomunikasi tempatan yang terdiri daripada Celcom Axiata Bhd, Digi Telecommunications Sdn Bhd, Maxis Bhd, U Mobile Sdn Bhd dan Telekom Malaysia Bhd (TM) melalui unifi mobile, memanjangkan akses kepada penawaran Internet Produktiviti 1GB percuma sehingga 24 jam.

Akses itu akan berkuat kuasa dari 1 Julai 2020 hingga 31 Disember 2020.

Pelanggan boleh merujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk tarikh mula.






Tambahan pula, rakyat boleh menikmati akses percuma tanpa had kepada pelbagai aplikasi dan maklumat terkini mengenai COVID-19.

Sumber : SKMM, Berita Harian & Japen Sabah



Post a Comment

0 Comments