MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Senarai Kaunter JPJ Yang Dibuka Semasa PKP


KUALA LUMPUR – *Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)* akan membuka kaunter bagi semua urus niaga dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 29 April ini.


Menerusi satu kenyataan, JPJ berkata, ia melibatkan perkhidmatan urus niaga bagi kenderaan perkhidmatan awam, kenderaan barangan dan kenderaan pelancongan.





Operasi kaunter dibuka pada hari bekerja bermula jam *8 pagi hingga 1 tengah hari sahaja.*

Bagaimanapun, hanya beberapa pejabat akan beroperasi dalam satu-satu negeri.

“Perkhidmatan di kaunter pula hanya melibatkan urus niaga membabitkan pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) kenderaan perdagangan.

“Kaunter juga dibuka untuk urusan lesen memandu Malaysia, lesen Vokasional (GDL, PSVD) dan penyelesaian senarai hitam serta pembayaran saman,” katanya.

JPJ berkata, bagi urus niaga di kaunter melibatkan perkhidmatan lain, arahan pembukaan hanya akan dikeluarkan mengikut perkembangan semasa berhubung isu wabak koronavirus (Covid-19) yang mana ia meliputi keputusan kerajaan kelak.

Demi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan pematuhan terhadap PKP yang diarahkan orang ramai yang datang berurusan di JPJ, semua pihak dinasihatkan untuk mengikuti garis panduan pencegahan seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

*Senarai pembukaan cawangan bagi urus niaga pembaharuan (LKM) kenderaan perdagangan:*

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

1. JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wangsa Maju

2. JPJ cawangan Bandar Seri Permaisuri

3. JPJ cawangan Manjalara

NEGERI SEMBILAN

1. JPJ Negeri Sembilan, Seremban

2. JPJ cawangan Kuala Pilah

3. JPJ cawangan Jempol

JOHOR

1. JPJ Johor

2. JPJ Muar

3. JPJ Segamat

4. JPJ Batu Pahat

5. JPJ Kluang

6. JPJ Pontian

7. JPJ Mersing

SABAH

1. JPJ Sabah, Kota Kinabalu

2. JPJ cawangan Sandakan

3. JPJ cawangan Tawau

4. JPJ cawangan Lahad Datu

5. JPJ cawangan Keningau

6. JPJ cawangan Beaufort

7. JPJ cawangan Kota Marudu

PERLIS

JPJ Negeri Perlis

- Pulau Pinang

1. JPJ Seberang Jaya

2. JPJ Batu uban

PERAK

1. JPJ Ipoh

2. JPJ cawangan Taiping

3. JPJ cawangan Manjung

4. JPJ Teluk Intan

MELAKA

JPJ Bukit Katil

SELANGOR

1. JPJ Shah Alam

2. JPJ cawangan Petaling Jaya

3. JPJ cawangan Bangi

4. JPJ cawangan Banting

5. JPJ cawangan Kuala Kubu Baharu

6. JPJ cawangan Sabak Bernam

KEDAH

1. JPJ Negeri Kedah

2. JPJ cawangan Sungai Petani

3. JPJ cawangan Langkawi

SARAWAK

1. JPJ Kuching

2. JPJ cawangan Sri Aman

3. JPJ cawangan Sarikei

4. JPJ cawangan Bintulu

5. JPJ cawangan Sibu

6. JPJ cawangan Miri

PAHANG

1. JPJ Pahang

2. JPJ cawangan Temerloh

3. JPJ cawangan Raub

KELANTAN

JPJ Kelantan

TERENGGANU

JPJ Terengganu

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

Labuan

“Perkhidmatan hanya melibatkan pembaharuan LKM kenderaan perdagangan, lesen memandu Malaysia, lesen GDL, PSVD dan penyelesaian senarai hitam serta saman,” kata JPJ


Sumber : www.sinarharian.com.my & JPJ


Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan membuka perkhidmatan kaunternya bermula pada 29 April 2020 khusus untuk urusan kenderaan perdagangan sahaja iaitu yang meliputi barangan, pelancongan dan perkhidmatan awam.



Walau bagaimanapun, pembukaan khidmat kaunter ini tidak melibatkan kenderaan persendirian, teksi &e-hailing.


Ini adalah utk mengelakkan berlakunya ketidakpatuhan kpd garis panduan yg telah ditetapkan iaitu ‘penjarakkan sosial’ & kesihatan seperti berlakunya kesesakan di kaunter.


Pertambahan 3 Premis JPJ/ Kaunter Beroperasi

* JPJ Selangor, Sabak Bernam
* JPJ Sabah, Sandakan
* JPJ Perak, Teluk Intan

Sumber : JPJ Malaysia Twitter

26 Mei 2020



Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, perkhidmatan kaunter JPJ akan ditutup mulai hari Sabtu, 23 Mei 2020 hingga Selasa, 26 Mei 2020 dan kembali beroperasi pada hari Rabu, 27 Mei 2020.

Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Twitter

Pelanggan JPJ.

27.05.2020, kaunter/premis JPJ akan beroperasi semula. Sebelum hadir pastikan anda INGAT perkara ini.

• INGAT bawa pen sendiri
• INGAT kerap cuci tangan 
• INGAT tiada bersalaman
• INGAT bawa hand sanitizer 
• INGAT jarak 1 meter
• INGAT jangan bersesak-sesak
• INGAT pakai pelitup muka
• INGAT pembayaran guna kad debit/ kad kredit
• INGAT pembayaran tunai sehingga jam 11 pagi

dan
• INGAT MENGINGATI satu amalan mulia. Kita mampu memutuskan rantaian Covid-19

Sumber : JPJ Malaysia Twitter

Post a Comment

0 Comments